Permohonan Habeas Corpus Sultan Kelantan Diteruskan Hari Ini - Berita Semasa | mStar

Permohonan Habeas Corpus Sultan Kelantan Diteruskan Hari Ini

Diterbitkan: Isnin, 10 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Barisan peguam Sultan Kelantan akan meneruskan proses mahkamah bagi mendengar permohonan habeas corpus Tuanku Ismail Petra walaupun baginda kini sudah kembali ke Istana Mahkota, Kubang Kerian dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Salah seorang peguam yang mewakili Sultan Kelantan, Gobind Singh Deo berkata, proses berkenaan masih perlu diteruskan kerana terdapat beberapa isu penting yang perlu diselesaikan.

"Isu ini adalah lebih jauh daripada habis kerana ada beberapa tuduhan serius yang perlu dicari jalan penyelesaian," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai perkembangan terbaru Istana Kelantan apabila Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra memberi perkenan supaya Tuanku Ismail dipindahkan kembali ke Istana Mahkota.

Sultan Kelantan berangkat meninggalkan HUSM kira-kira pukul 5 petang semalam dan tiba di Istana Mahkota sepuluh minit kemudian.

Turut sama mengiringi baginda ialah Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Mahkamah Khas dijadualkan bersidang hari ini untuk mendengar permohonan habeas corpus Sultan Kelantan bagi mendapatkan kebenaran supaya dibawa keluar dari HUSM di mana baginda menerima rawatan sejak Selasa lepas.

Writ itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Khas di sini kira-kira 11.45 pagi tiga hari lalu menerusi tetuan J.S. Pillay & Mohd Haaziq.

Afidavit bagi menyokong writ itu dibuat oleh Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail, putera ketiga Sultan.

Sultan Kelantan dinamakan sebagai pemohon.

Writ itu menamakan lima responden iaitu Ketua Polis Kelantan, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah HUSM, Ketua Pengarah Kesihatan dan Kerajaan Malaysia.

Kata Gobind lagi, pihaknya akan berada di Mahkamah Persekutuan pada pukul 9 pagi hari ini bagi meneruskan prosedur berkenaan.

Pihaknya telah melakukan persediaan rapi bagi tujuan berkenaan.

"Kami bekerja siang dan malam untuk menyediakan proses perundangan ini," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan