Pejabat Sultan Kelantan Akur Keputusan Mahkamah Khas Hari Ini

Diterbitkan: Isnin, 10 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pejabat Sultan Kelantan akan mematuhi sebarang keputusan Mahkamah Khas yang dijangka bersidang hari ini berkaitan permohonan habeas corpus yang mahu membawa Sultan Kelantan keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di Kelantan.

Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, pihak istana sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang sepanjang krisis yang melanda keluarga diraja itu sekarang.

"Istana akan patuh apa juga keputusan mahkamah tetapi buat masa ini Tuanku (Tuanku Ismail Petra) kekal berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk menjalani rawatan seterusnya," katanya kepada pemberita di Rumah Kelantan di sini semalam.

Hadir sama ialah kekanda-kekanda Sultan Kelantan iaitu Datuk Tengku Rozan Sultan Yahya Petra dan Datuk Tengku Salwani Sultan Yahya Petra.

Beliau mengulas mengenai tindakan peguam yang mewakili Sultan Kelantan yang memfailkan writ habeas corpus bagi memohon kebenaran untuk membawa baginda keluar dari HUSM di mana baginda menerima rawatan sejak Selasa lepas.

Writ itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Khas di sini kira-kira 11.45 pagi kelmarin menerusi tetuan J.S. Pillay & Mohd Haaziq.

Afidavit bagi menyokong writ itu dibuat oleh Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail, putera ketiga Sultan.

Sultan Kelantan dinamakan sebagai pemohon.

Writ itu menamakan lima responden iaitu Ketua Polis Kelantan, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, Ketua Pengarah Kesihatan dan kerajaan Malaysia.

Peguam kanan Datuk Param Cumaraswamy yang hadir bersama peguam Gobind Singh Deo dan Datuk Mohd Haaziq Pillay, berkata ini merupakan kes pertama di dunia apabila writ habeas corpus difailkan bagi memohon pembebasan seorang pemerintah negeri.

Mahkamah Khas ditubuhkan pada 1993 untuk mendengar sebarang prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau pemerintah sesebuah negeri atas sifat peribadi baginda.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan