Peguam Anwar Mula Soal Mohd Saiful

Diterbitkan: Isnin, 10 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tertuduh disambung di Mahkamah Tinggi hari ini dengan peguam beliau menyoal bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang merupakan pangadu dalam kes itu.

Ketika prosiding bermula pagi ini, peguam bela utama, Karpal Singh, memohon mendapatkan senarai nama saksi daripada pihak pendakwaan tetapi ini tidak dibenarkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Selepas beliau menyoal Mohd Saiful selama 45 minit, Karpal Singh membuat satu lagi permohonan iaitu bagi mendapatkan semua keterangan bertulis daripada polis.

Pihak pembelaan sepatutnya menyoal balas Mohd Saiful pada 8 Feb lepas setelah saksi itu memberi keterangan utama pada 5 Feb tetapi perbicaraan tertangguh kerana Anwar mengemukakan permohonan supaya Hakim Mohd Zabidin menarik diri. Anwar kemudian menukar fikiran dan menarik balik permohonannya itu.

Mohamad Zabidin menetapkan lima hari bermula hari ini bagi meneruskan perbicaraan.

Anwar, 63, yang juga ketua pembangkang dan penasihat Parti Keadilan Rakyat, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful, 25, di sebuah apartmen di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun 2008.

Pendakwaan diketuai Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan