Keadaan Adun Kerdau Stabil Tetapi Masih Kritikal - MB Pahang

Diterbitkan: Isnin, 10 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata keadaan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) petang semalam kini berada keadaan stabil tetapi masih kritikal.

Beliau berkata Zaharuddin, 63, dipindahkan ke IJN selepas berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya setelah menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas).

"Saya diberikan taklimat oleh doktor ketika saya melawatnya di Hoshas pada Sabtu lepas dan diberitahu keadaannya stabil tetapi sangat kritikal, tetapi semalam (keadaannya) stabil tetapi kritikal" katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Kecemerlangan Pendidikan Negeri Pahang 2010 di sini, hari ini.

Zaharuddin dimasukkan ke Hoshas Isnin lepas dan dipindahkan ke IJN petang semalam.

Pada majlis itu, seramai 162 pelajar cemerlang dalam semua peringkat peperiksaan menerima sijil penghargaan dan hadiah wang tunai daripada Yayasan Pahang.

Sementara 10 pelajar dianugerah Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang yang turut meliputi elaun komputer dan tiket penerbangan bagi yang menyambung pelajaran di luar Semenanjung atau luar negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan