Dua Kakanda Dakwa Sultan Kelantan Gering Kerana Kecuaian Pihak Tertentu - Berita Semasa | mStar

Dua Kakanda Dakwa Sultan Kelantan Gering Kerana Kecuaian Pihak Tertentu

Diterbitkan: Isnin, 10 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Krisis Istana Kelantan semakin meruncing apabila dua kakanda Sultan Kelantan semalam mendakwa kegeringan adinda mereka, Tuanku Ismail Petra sekarang adalah berpunca daripada kecuaian pihak tertentu.

Datuk Tengku Rozan Sultan Yahya Petra dan Datuk Tengku Salwani menegaskan, mereka kesal dengan sikap Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid yang menghalang mereka daripada melawat baginda sejak dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth, Singapura dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM.

Tengku Rozan berkata, turut dilarang menziarahi baginda termasuk beberapa kerabat, kenamaan dan ulama.

"Hanya mereka yang menyokong Raja Perempuan Kelantan sahaja dibenarkan melawat.

"Persoalannya mengapa mengapa panel doktor dan alim ulama dihalang dari melawat baginda? Adakah pihak-pihak yang cuba melindungi tahap kesihatan tuanku," katanya pada sidang akhbar khas di Rumah Kelantan di sini semalam.

Hadir sama ialah Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad.

Petang semalam, Tuanku Ismail dibawa pulang ke Istana Mahkota, Kubang Kerian selepas lima hari ditempatkan di HUSM.

Baginda dibawa menaiki kenderaan rasmi Istana Kelantan meninggalkan HUSM kira-kira pukul 5 petang.

Turut mengiringi baginda ialah Tengku Anis.

Dalam pada itu, Tengku Rozan menyeru semua pihak memberi kepercayaan kepada Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra melaksanakan tanggungjawab baginda.

"Apa yang dilakukan baginda adalah apa yang terbaik untuk keluarga diraja Kelantan," tegasnya.

Sementara itu Tengku Salwani ketika mengulas insiden Tengku Seri Utama Raja, Tengku Abdul Aziz Tengku Hamzah dan isterinya, Tengku Merjan Sultan Yahya Petra yang dikatakan dihalang daripada menziarahi baginda, beliau menjelaskan, mereka sebenarnya tidak dihalang sebaliknya pada ketika itu Tengku Muhammad Faris berada dalam Wad Diraja itu.

"Sebelum itu saya nak perbetulkan bahawa Tengku Abdul Aziz adalah ayahanda saudara Tengku Anis bukan ayahanda saudara baginda sultan.

"Pada masa itu Pemangku Raja menitahkan supaya polis tidak membenarkan sesiapapun masuk sepanjang baginda bersama ayahandanya," tambahnya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan