Sultan Kelantan Dibawa Pulang Ke Istana Mahkota

Diterbitkan: Ahad, 9 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Selepas lima hari Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dekat sini, baginda hari ini dibawa pulang ke Istana Mahkota, Kubang Kerian.

Baginda dibawa menaiki kenderaan rasmi Istana Kelantan meninggalkan HUSM kira-kira pukul 5 petang.

Turut mengiringi baginda, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Sebelum itu, Tuanku Ismail dibawa turun dari Wad Diraja di tingkat lapan HUSM dengan menaiki kerusi roda.

Baginda yang kelihatan tenang dibantu oleh pegawai perubatan menaiki kenderaan rasmi istana.

Turut berada di perkarangan HUSM bagi menguruskan keberangkatan pulang baginda ialah Pakar Perubatan Sultan Kelantan, Dr Amir Ramli.

Difahamkan tindakan membawa keluar Sultan Kelantan dari HUSM mendapat perkenan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra.

Dalam pada itu Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim yang berada di HUSM berkata, Tuanku Ismail selamat tiba di Istana Mahkota sepuluh minit kemudian iaitu kira-kira pukul 5.10 petang.

Kenderaan baginda diiringi anggota polis dan ambulan hospital.

Sultan Kelantan dikeluarkan dari HUSM dua hari selepas peguam baginda memfailkan writ habeas corpus bagi memohon kebenaran untuk membawa baginda keluar dari hospital itu di mana baginda menerima rawatan sejak Selasa lepas.

Writ itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Khas di sini kira-kira 11.45 pagi kelmarin menerusi tetuan J.S. Pillay & Mohd Haaziq.

Afidavit bagi menyokong writ itu dibuat oleh Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail, putera ketiga Sultan.

Sultan Kelantan dinamakan sebagai pemohon.

Writ itu menamakan lima responden iaitu Ketua Polis Kelantan, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, Ketua Pengarah Kesihatan dan kerajaan Malaysia.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan