Saya Tidak Terlibat Secara Langsung Dengan Pos Malaysia - Nor Mohamed

Diterbitkan: Ahad, 9 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menafikan sebarang pembabitannya dalam Pos Malaysia Bhd, yang mengakibatkan syarikat itu mengalami kerugian RM546 juta sejak beberapa tahun lepas.

"Saya tidak terbabit secara langsung dengan apa jua keputusan yang dibuat oleh Pos Malaysia kerana sebagai sebuah syarikat milik kerajaan (GLC), syarikat ini mempunyai lembaga pengarah dan keputusan ditentukan oleh lembaga pengarah termasuk Khazanah Nasional Bhd tanpa perlu merujuk kepada Kementerian Kewangan," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian anugerah pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 di sini hari ini, beliau berkata Khazanah Nasional terlibat dalam membuat keputusan kerana mempunyai wakil dalam lembaga pengarah syarikat tetapi mereka telah pun menjelaskan perkara itu sebelum ini.

Beliau mengulas mengenai dakwaan terbaru yang dibangkitkan oleh Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim bahawa Nor Mohamed sepatutnya memberi penjelasan mengenai kerugian yang ditanggung Pos Malaysia. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan