Permohonan Habeas Corpus Sultan Kelantan Diteruskan Esok

Diterbitkan: Ahad, 9 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Barisan peguam Sultan Kelantan akan meneruskan proses mahkamah bagi mendengar permohonan habeas corpus Tuanku Ismail Petra walaupun baginda kini sudah kembali ke Istana Mahkota, Kubang Kerian dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Salah seorang peguam yang mewakili Sultan Kelantan, Gobind Singh Deo berkata, proses berkenaan masih perlu diteruskan kerana terdapat beberapa isu penting yang perlu diselesaikan.

"Isu ini adalah lebih jauh daripada habis kerana ada beberapa tuduhan serius yang perlu dicari jalan penyelesaian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai perkembangan terbaru Istana Kelantan apabila Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra memberi perkenan supaya Tuanku Ismail dipindahkan kembali ke Istana Mahkota.

Sultan Kelantan berangkat meninggalkan HUSM kira-kira pukul 5 petang dan tiba di Istana Mahkota sepuluh minit kemudian.

Turut sama mengiringi baginda ialah Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Mahkamah Khas dijadualkan bersidang esok untuk mendengar permohonan habeas corpus Sultan Kelantan bagi mendapatkan kebenaran supaya dibawa keluar dari HUSM di mana baginda menerima rawatan sejak Selasa lepas.

Writ itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Khas di sini kira-kira 11.45 pagi kelmarin menerusi tetuan J.S. Pillay & Mohd Haaziq.

Afidavit bagi menyokong writ itu dibuat oleh Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail, putera ketiga Sultan.

Sultan Kelantan dinamakan sebagai pemohon.

Writ itu menamakan lima responden iaitu Ketua Polis Kelantan, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah HUSM, Ketua Pengarah Kesihatan dan Kerajaan Malaysia.

Kata Gobind lagi, pihaknya akan berada di Mahkamah Persekutuan pada pukul 9 pagi esok bagi meneruskan prosedur berkenaan.

Pihaknya telah melakukan persedian rapi bagi tujuan berkenaan.

"Kami bekerja siang dan malam untuk menyediakan proses perundangan ini," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan