Pejabat Sultan Kelantan Akur Keputusan Mahkamah Khas Esok

Diterbitkan: Ahad, 9 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pejabat Sultan Kelantan akan mematuhi sebarang keputusan Mahkamah Khas yang dijangka bersidang esok berkaitan permohonan habeas corpus yang mahu membawa Sultan Kelantan keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di Kelantan

Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, pihak istana sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang sepanjang krisis yang melanda keluarga diraja itu sekarang.

"Istana akan patuh apa juga keputusan mahkamah tetapi buat masa ini Tuanku (Tuanku Ismail Petra) kekal berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk menjalani rawatan seterusnya," katanya kepada pemberita di Rumah Kelantan di sini hari ini.

Hadir sama ialah kekanda-kekanda Sultan Kelantan iaitu Datuk Tengku Rozan Sultan Yahya Petra dan Datuk Tengku Salwani Sultan Yahya Petra.

Beliau mengulas mengenai tindakan peguam yang mewakili Sultan Kelantan yang memfailkan writ habeas corpus bagi memohon kebenaran untuk membawa baginda keluar dari HUSM di mana baginda menerima rawatan sejak Selasa lepas.

Writ itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Khas di sini kira-kira 11.45 pagi kelmarin menerusi tetuan J.S. Pillay & Mohd Haaziq.

Afidavit bagi menyokong writ itu dibuat oleh Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail, putera ketiga Sultan.

Sultan Kelantan dinamakan sebagai pemohon.

Writ itu menamakan lima responden iaitu Ketua Polis Kelantan, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, Ketua Pengarah Kesihatan dan kerajaan Malaysia.

Peguam kanan Datuk Param Cumaraswamy yang hadir bersama peguam Gobind Singh Deo dan Datuk Mohd Haaziq Pillay, berkata ini merupakan kes pertama di dunia apabila writ habeas corpus difailkan bagi memohon pembebasan seorang pemerintah negeri.

Mahkamah Khas ditubuhkan pada 1993 untuk mendengar sebarang prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau pemerintah sesebuah negeri atas sifat peribadi baginda.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan