Gabungkan Teknik Tradisional Dan Moden Hasilkan Kain Tenun Pahang

Diterbitkan: Ahad, 9 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan supaya usaha untuk menggabungkan teknik pengeluaran kain tenun Pahang Diraja secara tradisional dan moden perlu diteruskan tanpa mengorbankan ciri-ciri keasliannya.

Perdana Menteri berkata antara aspek yang boleh dipermodenkan adalah rekaan menggunakan komputer dan penggunaan mesin moden untuk proses pra-tenun.

"Walaupun menggunakan mesin moden, tetapi yang lebih penting ia mencapai matlamat utama supaya daya pengeluarannya dapat dipertingkatkan tanpa mengorbankan ciri-ciri tradisional yang amat unik," katanya semasa berucap pada Malam Tenun Pahang Diraja di Kompleks Kraf di sini, malam tadi.

Turut hadir Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Maimunah Iskandariah, Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr rais Yatim dan ister Datin Masnah Rais.

Najib berkata penggiat seni kraf tenunan Pahang juga berdepan cabaran kerana pengeluaran yang terhad akan menyebabkan sambutan daripada pengguna juga agak terbatas.

"Lagipun kita hendak supaya harga kain tenun Pahang Diraja ini merupakan harga yang mampu dibeli dan diperoleh rakyat jelata dan bukan untuk golongan tertentu sahaja," katanya.

Bagi memastikan bilangan tenaga mahir dapat dipertingkatkan, Najib berkata kerajaan menyediakan peruntukan khas tambahan sebanyak RM11.8 juta untuk membina Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja.

"Segala butir rahsia dan kejayaan tenunan Pahang ini penting untuk dipanjangkan kepada generasi muda sama ada melalui institut ini atau daripada penggiat-penggiat mahir di Pekan.

"Ada juga segolongan banduan yang mahir membuat tenunan ini. Mereka juga perlu dibantu supaya apabila keluar nanti mereka boleh membuka bengkel untuk menghasilkan kain tenun ini," katanya.

Pada majlis itu Perdana Menteri turut menyampaikan anugerah penghargaan kepada Tunku Azizah Maimunah Iskandariah kerana penglibatannya dalam industri kain tenun Pahang.

Sebanyak 80 pasang pakaian menggunakan kain tenun Pahang turut diperagakan hasil rekaan pereka fesyen tempatan termasuk Calvin Thoo, Salikin Sidek, Sharifah Kirana dan Rizalman Ibrahim. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan