'Perbicaraan Olok-Olok' Dekatkan Pelajar Dengan Mahkamah

Diterbitkan: Sabtu, 8 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dalam usaha untuk mendekatkan pelajar dengan suasana mahkamah dan kerjaya perundangan, Persatuan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (JALSOA) buat pertama kalinya memperkenalkan program Perbicaraan Olok-olok.

Naib Presidennya, Datuk Kamaludin Md Said berkata, program itu bertujuan memupuk kesedaran dan minat pelajar dalam bidang perundangan selain menjadikannya sebagai kerjaya pilihan.

"Pelajar bukan sahaja dapat melihat prosiding mahkamah sebenar, malah turut dapat merasai pengalaman menjadi hakim, peguam dan pihak pendakwaan," katanya pada program itu di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, hari ini.

Katanya, program yang diilhamkan persatuan itu telah memilih Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1) sebagai sekolah pertama yang menyertai program tersebut selepas pelajarnya mengadakan lawatan ke Istana Kehakiman di Putrajaya bulan lepas.

Beliau turut menggalakkan sekolah-sekolah lain supaya mengambil peluang menyertai program itu dengan terlebih dahulu memaklumkan kepada JALSOA.

Dalam program itu, seramai 14 pelajar Tingkatan Lima sekolah itu melakonkan watak hakim, pendakwa raya, peguam, saksi, polis dan pesalah selama satu jam dengan di bantu barisan pendakwaan, peguam dan pegawai-pegawai mahkamah yang lain.

Sementara itu, Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi yang turut hadir menyaksikan program itu berkata ia dapat memberi pengalaman dan pengetahuan kepada para pelajar tentang prosiding di mahkamah.

"Selama ini, mereka hanya mengetahuinya (prosiding) melalui surat khabar dan media massa yang lain, tapi dengan adanya program ini, mereka boleh dapat gambaran sebenar tentang apa yang berlaku di dalam mahkamah semasa perbicaraan berlangsung," katanya.

Seorang daripada pelajar itu, Calvis Fernandes, 17, berkata program tersebut sedikit sebanyak telah dapat memperbaiki sikapnya yang pendiam sebelum ini.

"Saya jarang bercakap tetapi apabila terpaksa melakonkan watak hakim, saya mempunyai keyakinan untuk berkomunikasi dengan lebih baik," katanya.

Shalini Mohan, 17, berkata minatnya untuk mempunyai kerjaya dalam bidang perundangan mula timbul apabila melakonkan watak pendakwa raya pada program itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan