Pengamal Media Perlu Sensitif Terhadap Pemberitaajn Agama, Etnik

Diterbitkan: Sabtu, 8 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengamal media di negara ini perlu lebih sensitif dan tidak berat sebelah terhadap pemberitaan yang mengaitkan isu agama, bangsa dan etnik supaya ia tidak menjadi penyebab tercetusnya sebarang pertelingkahan atau perang.

Ketua Pusat Media Maluku di Indonesia, Insany Syahbarwaty berkata media Malaysia juga perlu mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku di Ambon, Maluku, Indonesia apabila pemberitaan berat sebelah merupakan antara penyebab pertempuran kumpulan Islam dan Kristian di kawasan itu menjadi semakin buruk.

"Journalist (wartawan) yang meliput (membuat liputan) berita itu tidak bisa (boleh) berimbang dan benar kerana sebagai Muslim misalnya saya hanya bisa meliput di daerah Muslim dan journalist Kristian di daerah Kristian.

"Media pula ada menyampaikan berita yang provokatif dan secara jelas menyebabkan masyarakat terus beremosi selain memberi akibat buruk kepada perkembangan perdamaian di Maluku," katanya kepada pemberita pada forum bertajuk "Membina Keamanan Antara Komuniti" anjuran Pusat Kewartawanan Bebas di sini hari ini.

Pertelingkahan agama yang berlaku sekitar tahun 1999 hingga 2002 itu telah mengorbankan ribuan nyawa penduduk dan kira-kira 70,000 yang lain telah diusir dari kediaman masing-masing.

Panel lain pada forum berkenaan ialah Pensyarah Kajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Mustafa K.Anuar, Editor The Nut Graph Jacqueline Ann Surin dan Felo Intelektual Awam Asia Prangtip Daoreung.

Insany yang juga wartawan Sun TV, Indonesia, berkata dalam menyebarkan berita dan maklumat yang kritikal agar orang ramai mendapat maklumat yang sebenar, adalah penting bagi pihak media memahami kekuatannya untuk mempengaruh dan membentuk masyarakat mereka.

"Malaysia sebuah negara multietnik yang mana perbezaan itu amat nampak sekali.

"Jika media di Malaysia bisa menjaga yang namanya perbezaan itu ialah hal yang biasa dan semua orang boleh lebih berfikir secara rasional dalam menghadapi perbezaan maka segala sesuatu akan menjadi lebih baik.

"Maka diharapkan media di Malaysia akan dapat sama-sama menjaga keamaan dan keharmonian masyarakat di sini dan jangan sampai apa yang pernah berlaku di Ambon berlaku di sini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan