Pemimpin BN Optimis Peluang Menang Di Sibu

Diterbitkan: Sabtu, 8 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) secara umumnya optimis dengan peluang calon BN pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu, Robert Lau Hui Yew.

Ketua Menteri Sabah dan pengerusi perhubungan Umno negeri Datuk Seri Musa Aman percaya dengan sokongan padu dan kerjasama daripada semua komponen parti B Nnegeri dan Semenanjung, peluang untuk mempertahankan kerusi itu adalah 'sangat cerah'.

Ketika ditemui di pusat penamaan calon di Pusat Sivik di sini, beliau berkata Sibu juga merupakan kubu BN sejak 20 tahun lepas.

"Sebagai seorang yang praktikal, saya percaya penduduk Sibu terutama masyarakat China mahu memberi undi mereka kepada kerajaan yang boleh meneruskan kemajuan, perpaduan, kestabilan dan kemakmuran hidup mereka.

"Saya difahamkan terdapat sedikit masalah dengan bumiputera," katanya.

Musa berkata beliau ke Sibu bersama 30 anggota Umno dan Parti Bersatu Sabah bagi memberi sokongan moral.

Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata memenangi kawasan bandar dengan pengundi Cina merupakan tugas sukar untuk BN.

"Suasana itu ada di kalangan mereka di sini. Kita tunggu dan lihat. Tetapi, saya tidak fikir sokongan mereka semakin merosot. Apa yang kita perlukan ialah proses pembaharuan parti masyarakat Cina di Sarawak, yang kini sedang berjalan," katanya.

Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Seri William Mawan berkata pengundi bumiputera di negeri ini secara umumnya adalah penyokong dan sebahagian daripada BN.

Terdapat kira-kira 12,000 pengundi Iban yang berdaftar dan 5,740 pengundi Melayu di kawasan Parlimen Sibu. Mereka boleh menjadi undi penentu jika majoriti 36,389 pengundi Cina berpecah.

"Pembangkang mungkin memainkan isu seperti pembangunan hak tanah adat (NCR) di kalangan masyarakat Iban...tetapi di pihak kerajaan, kita cuba menyesuaikan apa saja pandangan bagi menangani isu itu," katanya.

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata beliau dan kumpulannya akan memberi penjelasan mengenai isu-isu nasional.

"Kami boleh memberi penjelasan dan berkongsi pengalaman dengan pengundi tempatan apa yang berlaku dalam tempoh dua tahun selepas pilihan raya umum 2006 di Semenanjung.

"Kami boleh mendedahkan percanggahan yang timbul di kalangan Pakatan Rakyat dan kesilapan yang mereka lakukan dalam pentadbiran di negeri-negeri yang mereka kuasai," katanya.

Ketua penerangan Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Joseph Salang berkata kaum bumiputera sentiasa menjadi penyokong kuat BN.

"Tiada sebab untuk mereka tidak melakukannya kali ini," katanya sambil menyatakan PRS memberi tumpuan kepada kempen secara terus di rumah panjang.

Sementara itu pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bahagian Sibu Datuk Sri Wong Soon Koh berkata parti itu akan terus bekerja keras, walaupun sambutan kurang memuaskan daripada pengundi Cina.

-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan