Malaysia Dukacita, Dokumen Bersejarah Disimpan di Luar Negara - Rais

Diterbitkan: Sabtu, 8 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Institusi di Malaysia yang bertanggungjawab mendokumenkan artifak dan dokumen bersejarah negara, terutama membabitkan para pemimpin negara, perlu bertindak pantas serta agresif bagi memperoleh hak terhadap artifak serta dokumen seperti itu. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata langkah itu bagi memastikan artifak dan dokumen bersejarah negara tidak disimpan di luar negara.

Rais, yang dukacita apabila mendapati beberapa artifak dan dokumen bersejarah Malaysia disimpan di luar negara dan bukan di negara ini, bagaimanapun berkata: "Itu adalah hak keluarga mereka dan kita tidak boleh menghalang."

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas tindakan keluarga Tun H. S Lee menyerahkan dokumen kepunyaan beliau kepada Institut Kajian Asia Tenggara (ISEAS) di Singapura.

Lee merupakan seorang daripada pengasas Malaysian Chinese Association (MCA) dan sebahagian daripada anggota rombongan bagi merundingkan kemerdekaan negara yang diketuai oleh Perdana Menteri Pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra ke London pada 1956.

Menteri Kewangan pertama negara yang mewakili MCA dalam rundingan perlembagaan itu, adalah satu-satunya penandatangan daripada kaum Cina dalam perjanjian kemerdekaan yang dimuktamadkan di London pada 1956.

Rais berkata pada masa depan, institusi di Malaysia perlu bersikap agresif dan mengambil daya usaha untuk memulihara artifak dan dokumen penting terutamanya membabitkan pemimpin terulung, demi manfaat negara.

Mengenai dokumen milik Lee di ISEAS, Rais hairan kenapa institusi di Malaysia tidak menghubungi keluarga Lee terlebih dahulu sebelum dokumen itu diserahkan kepada institusi asing.

"Saya mesti mempersoalkan keberanian institusi yang kita ada. Institusi kita mungkin tidak mendekati mereka... bentuk hubungan yang mungkin tidak begitu mesra," katanya.

Bagaimanapun, beliau berharap keluarga pemimpin Malaysia masa dulu dan sekarang boleh menyerahkan dokumen penting sama ada kepada Arkib Negara atau institusi penyelidikan tempatan dan bukan kepada organisasi asing, yang tidak membawa manfaat secara langsung kepada negara.

"Saya berpendapat mereka (ISEAS) tentunya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan penyumbang (dokumen) atau keluarga pemimpin yang telah meninggal dunia. Hubungan ini mungkin berdasarkan persahabatan... memanglah kita kecewa sangat tapi apa nak buat.

"Mungkin kita perlu ke Singapura satu hari nanti dan menelitinya. Kita juga mesti meletakkan perkara ini dalam senarai hajat kita," katanya.

Di samping lebih 180,000 dokumen kepunyaan Lee yang telah pun diindeks dan diarkibkan oleh institut berkenaan, ISEAS juga merupakan penjaga dokumen kepunyaan bekas presiden MCA Tun Tan Cheng Lock serta bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan