Dakwaan Hasutan: Zahid Minta Penjelasan Adun Penaga Esok

Diterbitkan: Sabtu, 8 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan meminta penjelasan daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Penaga Datuk Azhar Ibrahim yang didakwa mengeluarkan perkataan berunsur hasutan dalam sidang DUN berkenaan.

Zahid berkata beliau belum menerima maklumbalas daripada Azhar berhubung dakwaan itu. "Saya akan menemui beliau dalam mesyuarat perhubungan Umno Pulau Pinang petang esok kerana setakat ini belum mendapat maklum balas daripada beliau (Azhar) mengenai dakwaan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat kelompok 67 cawangan Umno Bahagian Bagan Datoh di sini semalam.

Beliau berkata dakwaan terhadap Azhar yang kini menjadi kontroversi itu akan turut dibincangkan dalam mesyuarat badan perhubungan itu di mana beliau akan mendengar penjelasan secara telus.

Katanya beliau turut berharap dakwaan terhadap Azhar itu tidak disalahtafsir oleh mana-mana pihak kerana kemungkinan kenyataan Azhar telah disalah petik daripada ucapannya.

"Saya juga akan memanggil semua sebelas Adun Barisan Nasional (BN) yang kesemuanya daripada Umno untuk mendapatkan laporan terperinci mengenai isu tersebut," katanya. Azhar yang juga Ketua Pembangkang negeri Pulau Pinang didakwa menimbulkan isu kontroversi yang merupakan perkara serius yang boleh mengganggu gugat keharmonian kaum di negara ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai sikap pengundi bukan Melayu yang dilihat seolah-olah mengambil kesempatan dengan meminta pelbagai projek dalam pilihan raya kecil, Ahmad Zahid berkata perkara sedemikian menjadi popular sepanjang kempen pilihan raya.

"Ada kumpulan sasaran mengajukan pelbagai permintaan apabila ada pemimpin B Ndari pusat dan negeri turun padang dalam kempen pilihan raya dan lazimnya permintaan itu diluluskan sebelum penamaan calon," katanya.

Beliau berkata melalui kajian, kumpulan ini telah dikenal pasti tidak memperlihatkan sokongan yang positif kepada kerajaan BN sebaliknya mereka hanya mahukan projek sahaja.

Oleh yang demikian, pendekatan pemimpin pusat dan negeri hendaklah meluluskan sesuatu projek mengikut keperluan sahaja dengan tidak diperdaya oleh mereka yang mempunyai agenda tersendiri, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan