SPRM Cadang Beri Imbuhan Jika Ambil Tindakan Terhadap Pemberi Rasuah

Diterbitkan: Jumaat, 7 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bercadang untuk memberikan imbuhan kepada pegawai-pegawai kerajaan yang mengambil tindakan ke atas orang yang cuba memberi rasuah kepada mereka.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed berkata pihak kerajaan dan SPRM sedang menyediakan draf satu kaedah yang bersesuaian berhubung imbuhan tersebut sebagai pengiktirafan kepada mereka.

"Perbincangan telah dibuat dengan Jabatan Peguam Negara dan kerajaan mengenai apakah bentuk imbuhan tersebut," katanya pada sidang media selepas menutup kursus 'Corruption Prevention and Risk Management in Public Organisations' di sini, hari ini.

Beliau berkata dengan adanya imbuhan itu nanti ia dapat memberi kesedaran dan mendidik pegawai-pegawai kerajaan tentang usaha kerajaan dan SPRM dalam memerangi rasuah.

Katanya ini kerana agensi-agensi penguatkuasaan merupakan agensi kerajaan yang paling banyak terdedah dengan rasuah bukan sahaja di negara ini malah di luar negara.

"Jika kita lihat di negara ini kini, agensi-agensi penguatkuasaan jugalah yang paling banyak melapor dan mengambil tindakan ke atas pemberi-pemberi rasuah," katanya.

Abu Kassim berkata jumlah tangkapan ke atas pemberi rasuah pada suku pertama tahun ini ialah sebanyak 68 orang dan pegawai kerajaan yang ditahan kerana menerima rasuah pula sebanyak 80 orang.

Katanya ini menunjukkan kempen dan usaha SPRM untuk membawa perubahan dalam masyarakat Malaysia telah disahut oleh pegawai-pegawai kerajaan.

"Jika kita lihat sepanjang tahun lepas, tangkapan terhadap orang yang memberi rasuah ialah sebanyak 108 orang, manakala pegawai kerajaan yang ditangkap kerana menerima rasuah ialah sebanyak 194 orang.

"Kita amat berbangga kerana salah satu petanda perubahan minda dan sikap dalam memerangi rasuah telah berlaku di negara ini apabila pegawai-pegawai kerajaan mula mengambil tindakan ke atas pemberi rasuah," katanya.

Beliau berkata bagi melancarkan kempen-kempen yang dilancarkan SPRM, pihaknya akan mengambil lebih ramai pegawai-pegawai baru dari bukan Melayu untuk mengisi kekosongan jawatan dalam SPRM.

Katanya ini kerana bidang tugas SPRM bukan sahaja menjalankan siasatan malah perlu memberi penerangan dan berinteraksi dengan masyarakat untuk memberi pendedahan mengenai rasuah.

"Sehubungan itu satu sesi temuduga terbuka akan diadakan pada 9 Mei ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur yang bertujuan untuk memperbanyakkan pegawai-pegawai bukan Melayu terutamanya kaum Cina," katanya.

Sesi temuduga terbuka yang diadakan itu akan bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang bagi mengisi 20 kekosongan jawatan Pegawai Siasatan (P41) dan 20 kekosongan jawatan bagi Penolong Pegawai Siasatan (P29) dan keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mahir berbahasa Mandarin atau pelbagai dialek Cina.

Seramai 30 peserta dari sembilannegara iaitu Brunei, Fiji, Maldives, Jordan, Nepal, Filipina, Sri Lanka, Yemen dan Malaysia menamatkan kursus yang diadakan selama lima hari bermula 3 Mei lepas di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan