PM Harap Krisis Istana Kelantan Diselesaikan Dalam Konteks Kekeluargaan

Diterbitkan: Jumaat, 7 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Datuk Seri Najib Tun Razak berharap krisis istana Kelantan yang dilihat kian meruncing itu dapat diselesaikan dalam konteks kekeluargaan.

Perdana Menteri berkata krisis itu tidak perlu menjadi pertikaian secara terbuka sehingga timbul tuduh-menuduh atau berlakunya tindakan daripada segi undang-undang di kalangan kerabat diraja terbabit.

"Saya harap keadaaan itu dapat diselesaikan dalam keluarga diraja, itu yang paling baik sekali daripada perkara ini menjadi pertikaian secara terbuka, tuduh-menuduh atau mengambil apa tindakan dari segi undang-undang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat serentak cawangan-cawangan Umno Bahagian Pekan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas krisis istana Kelantan yang berlarutan sekian lama dan terbaru isu rawatan kesihatan Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra yang dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan sejak selasa lepas.

Najib berkata perkara berkaitan rawatan Sultan Kelantan sepatutnya dirundingkan secara "anak-beranak".

"Perkara ini sepatutnya dapat dirundingkan antara anak beranak. Itu yang terbaik dan apa pun mesti meletakkan kepentingan kesihatan Sultan Kelantan sebagai pertimbangan utama," katanya.

Ditanya sama kerajaan pusat akan campur tangan, Najib berkata perkara itu adalah masalah yang melibatkan kerajaan negeri serta istana Kelantan dan kerajaan persekutuan tidak akan campur tangan.

Mengulas isu remaja berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah yang mati akibat terkena tembakan polis, Najib berkata beliau telah meminta siasatan kes itu dibuat secara adil dan tepat.

"Saya percaya ianya akan diselesaikan secepat mungkin dan pihak polis dan peguam negara akan ambil apa-apa keputusan sewajarnya berdasarkan hasil siasatan dan perkara sebenarnya," katanya.

Mengenai kes itu menjadi medan beberapa penulis blog mempolitikkan kes berkenaan, Najib berkata: "Mereka cuba cari kesempatan untuk menangguk di air keruh, (sedangkan kerajaan) nak cari kebenaran untuk keluarga dan pihak polis".

Aminulrasyid, meninggal dunia selepas terkena tembakan polis yang mengejar kereta yang dipandunya di Seksyen 11, Shah Alam, Selangor pada awal pagi, 26 April lepas. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan