Nurul Izzah Tidak Pernah Disiasat SPRM

Diterbitkan: Jumaat, 7 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar tidak pernah disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebaliknya,SPRM sedang menjalankan menjalankan satu kaji selidik berkaitan dengan Peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh SPRM bagi menjawab laporan portal berita Malaysiakini hari ini yang mendakwa Nurul Izzah sedang disiasat oleh suruhanjaya berkenaan.

Dalam laporan berkenaan, Nurul Izzah dipetik sebagai berkata beliau telah menerima emel daripada SPRM pada hari Rabu lalu dengan menyertakan satu borang untuk diisi dengan butiran bagaimana elaun bulanannya sebagai Ahli Parlimen dibelanjakan.

Menurut Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM, Shahruddin Khalid berkata kaji selidik yang dijalankan bertujuan untuk melihat sejauhmana peruntukan yang disalurkan kepada ADUN dan Ahli Parlimen digunakan mengikut Sistem dan Prosedur yang ditetapkan.

“Kaji selidik ini akan menilai sejauhmana keberkesanan sistem dan prosedur yang sedia ada untuk sebarang penambahbaikan jika perlu yang boleh menghindar sebarang risiko termasuk rasuah serta persepsi negatif yang wujud terhadap penggunaannya,” kata Shahruddin dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kajian tersebut adalah satu inisiatif yang dijalankan oleh Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM yang berfungsi bagi mengkaji sistem dan prosedur kerja sesuatu organisasi.

”Kami berharap bahawa semua ADUN dan Ahli Parlimen sekiranya menerima borang Kaji Selidik tersebut tidak tersalah-anggap bahawa mereka sedang disiasat oleh SPRM,” katanya.

Terdahulu portal berita itu melaporkan Nurul Izzah dilaporkan berkata beliau berasa tertekan SPRM dan menegaskan bahawa dirinya mempunyai tanggungjawab terhadap orang ramai.

“Saya mendapat elaun sebanyak RM13,000 (sebagai Ahli Parlimen) dan saya boleh jamin hampir 100 peratus elaun yang diterima digunakan untuk mengerakkan pusat khidmat saya manakala 20 peratus lagi saya salurkan kepada parti.

“Mereka memberi tekanan kepada saya. Jangan salah faham, kami semua terbuka dan kami tahu setiap sen yang kami terima adalah wang rakyat dan kami bertanggungjawab memberikannya kembali kepada mereka,” katanya kepada Malaysiakini.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan