"Kata-kata Zaid Ibrahim Sangat Biadap Terhadap Tuanku" - Bekas MB

Diterbitkan: Jumaat, 7 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menyifatkan tindakan Zaid Ibrahim mempertikaikan titah Sultan Sharafuddin Idris Shah secara terbuka sebagai satu penghinaan kepada Sultan Selangor dan institusi kesultanan Selangor.

"Ia merupakan sesuatu yang biadap serta tidak menghormati Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam negeri.

"Mungkin perkataan yang lebih tepat ialah kurang ajar kerana Zaid bukan pun anak Negeri Selangor dan sebagai rakyat Malaysia yang bukan anak Negeri Selangor, Zaid sepatutnya tahu menghormati Sultan Selangor.

"Inilah negeri tempat beliau mendapat kemewahan dan juga hampir diberi peluang menjadi wakil rakyat dalam pilihan raya kecil lalu. Apakah madu yang diberi oleh Selangor, tuba yang dibalas Zaid?," katanya yang dipetik melalui blognya www.drkhir.com.

Dr Khir menulis dalam entri terbarunya di bawah tajuk 'Titah Tuanku Dalam Pentadbiran Islam Adalah Arahan' sebagai mengulas mengenai kenyataan terbuka Zaid semalam bahawa titah Sultan Selangor agar masjid tidak boleh digunakan untuk tujuan berpolitik hanya sebagai pandangan peribadi baginda dan bukannya satu arahan.

Kenyataan Zaid itu adalah untuk mempertahankan tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini yang mempertikaikan larangan penggunaan masjid dan surau untuk tujuan berpolitik.

Bagaimanapun menurut Dr Khir, Undang-undang Tubuh Negeri Selangor secara jelas menyatakan Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam Negeri berhak membuat sebarang arahan yang wajar dipatuhi.

"Titah Tuanku hanya menjadi nasihat jika ia sesuatu di luar bidang kuasa baginda, itu pun perlu diberi pertimbangan yang serius oleh kerajaan negeri kerana Tuanku masih merupakan ketua negeri yang memberi kuasa pemerintahan eksekutifnya kepada Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

"Sebaliknya dalam hal ehwal agama Islam, titah Tuanku adalah arahan yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). MAIS hanya bertanggungjawab menasihati dan menjalankan titah Tuanku," katanya.

Selain itu beliau juga mengingatkan kepada rakyat supaya berhati-hati memahami tafsiran undang-undang.

"Saya menghormati Zaid sebagai seorang peguam terkenal, namun rakyat perlu ingat bahawa kenyataan peguam bukanlah bermakna ia undang-undang.

Dalam pada itu, Dr Khir juga mempersoalkan kumungkinan tindakan Zaid adalah agenda kerajaan negeri Selangor sendiri.

"Saya juga tertanya-tanya apakah tindakan Zaid menghina Tuanku Sultan Selangor adalah agenda kerajaan negeri Selangor kerana mereka datang dari parti yang sama.

"Mengapa Zaid memilih untuk "membelasah" DYMM Tuanku Sultan secara terbuka? Tidak mustahil kerajaan negeri yang dipimpin oleh orang kuat PKR menggunakan Zaid sebagai alat untuk membelasah Tuanku Sultan seperti dalam pepatah melayu, 'telunjuk lurus kelingking berkait'." katanya.

Kata Dr Khir lagi, terdapat banyak sebab yang dapat menyokong teorinya itu antaranya ialah kemungkinan kerana "dendam" kerajaan negeri kepada Sultan Selangor yang tidak membenarkan mereka menggunakan wang zakat untuk perbelanjaan negeri seperti yang dicadangkan oleh Menteri Besar beberapa bulan lalu.

"Apakah kerana dendam kerajaan negeri terhadap Titah Tuanku yang tidak membenarkan orang lain, kecuali Baginda, Mufti dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, membuat kenyataan mengenai pentadbiran Islam negeri?

"Atau apakah kerana beberapa teguran Tuanku baru-baru ini yang mengingatkan kerajaan negeri agar menumpukan lebih kepada usaha membangunkan negeri dan jangan berpolitik sepanjang masa?," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan