JPJ-Lori Lebih Muatan: Pengirim, Penerima Bakal Dikenakan Tindakan Undang-Undang

Diterbitkan: Jumaat, 7 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Lori yang telah melakukan kesalahan membawa lebih muatan di jalan raya di Sarawak akan dikenakan tindakan lebih tegas berkuatkuasa serta-merta.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, Abdul Hamed Akob berkata mulai bulan ini JPJ akan mengeluarkan saman terhadap pengirim, penerima, pemilik lori dan pemandu jika ditangkap atas kesalahan membawa lebih muatan.

"Sebelum ini tindakan undang-undang hanya dikenakan kepada pemilik lori dan pemandu, kini kita kena bertindak tegas kerana masalah ini semakin membimbangkan," katanya dalam sidang media bulanan di ibu pejabat JPJ negeri di sini hari ini.

Katanya JPJ terpaksa bertindak lebih tegas kerana jumlah kes kesalahan membawa lebih muatan telah meningkat 22 peratus di Sarawak sepanjang Januari hingga April tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

"Pada empat bulan pertama tahun ini sebanyak 1,246 kes kesalahan membawa lebih muatan direkodkan di Sarawak berbanding 1,023 kes dalam tempoh yang sama, peningkatan 223 kes," katanya. Mengulas isu lain, beliau berkata JPJ menerima lebih 600 gambar melalui e-mel pelbagai kesalahan trafik yang dirakamkan oleh orang awam iaitu sambutannya adalah di luar jangkaan.

Gambar-gambar itu dihantar melalui e-mel ke alamat aduantrafik@jpj.gov.my dan p.sarawak@jpj.gov.my," katanya.

Beliau berkata, identiti pengirim gambar tersebut akan dirahsiakan dan pesalah yang melakukan kesalahan tersebut diberi tempoh 14 hari untuk memberi maklum balas mengenai kesalahan mereka dan jika gagal memberi jawapan memuaskan kompaun maksimun RM300 akan dikenakan.

Katanya kaedah ini membawa kesan positif kepada langkah penguatkuasaan JPJ di mana pada empat bulan pertama tahun ini sebanyak 1,734 pelbagai kes kesalahaan trafik dilaporkan berbanding 375 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Antara kesalahan yang direkodkan seperti memotong garisan berkembar, memandu secara berbahaya dan mengabaikan arahan lampu isyarat. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan