Dakwaan Hasutan: Zahid Minta Penjelasan Adun Penaga Esok

Diterbitkan: Jumaat, 7 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan meminta penjelasan daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Penaga Datuk Azhar Ibrahim yang didakwa mengeluarkan perkataan berunsur hasutan dalam sidang DUN berkenaan.

Zahid berkata beliau belum menerima maklumbalas daripada Azhar berhubung dakwaan itu. "Saya akan menemui beliau dalam mesyuarat perhubungan Umno Pulau Pinang petang esok kerana setakat ini belum mendapat maklum balas daripada beliau (Azhar) mengenai dakwaan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat kelompok 67 cawangan Umno Bahagian Bagan Datoh di sini hari ini.

Beliau berkata dakwaan terhadap Azhar yang kini menjadi kontroversi itu akan turut dibincangkan dalam mesyuarat badan perhubungan itu di mana beliau akan mendengar penjelasan secara telus.

Katanya beliau turut berharap dakwaan terhadap Azhar itu tidak disalahtafsir oleh mana-mana pihak kerana kemungkinan kenyataan Azhar telah disalah petik daripada ucapannya.

"Saya juga akan memanggil semua sebelas Adun Barisan Nasional (BN) yang kesemuanya daripada Umno untuk mendapatkan laporan terperinci mengenai isu tersebut," katanya. Azhar yang juga Ketua Pembangkang negeri Pulau Pinang didakwa menimbulkan isu kontroversi yang merupakan perkara serius yang boleh mengganggu gugat keharmonian kaum di negara ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai sikap pengundi bukan Melayu yang dilihat seolah-olah mengambil kesempatan dengan meminta pelbagai projek dalam pilihan raya kecil, Ahmad Zahid berkata perkara sedemikian menjadi popular sepanjang kempen pilihan raya.

"Ada kumpulan sasaran mengajukan pelbagai permintaan apabila ada pemimpin B Ndari pusat dan negeri turun padang dalam kempen pilihan raya dan lazimnya permintaan itu diluluskan sebelum penamaan calon," katanya.

Beliau berkata melalui kajian, kumpulan ini telah dikenal pasti tidak memperlihatkan sokongan yang positif kepada kerajaan BN sebaliknya mereka hanya mahukan projek sahaja.

Oleh yang demikian, pendekatan pemimpin pusat dan negeri hendaklah meluluskan sesuatu projek mengikut keperluan sahaja dengan tidak diperdaya oleh mereka yang mempunyai agenda tersendiri, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan