Umno Sambut Ulang Tahun Ke-64 Selasa Ini

Diterbitkan: Khamis, 6 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selasa ini genap 64 tahun usia Umno sebagai sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

Bagi mengingati hari bersejarah itu, tunjang parti pemerintah itu akan mengadakan sambutan untuk meraikan Hari Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pegawai Unit Hubungan Media Umno, Mohd Faizal Mohd Salleh berkata seperti lazimnya, majlis itu akan bermula dengan solat Maghrib berjemaah diikuti bacaan Yassin, Tahlil serta doa kesyukuran sebelum solat Isyak di Dewan Tun Razak 4, PWTC.

Ia akan disusuli dengan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden parti, dan majlis penyampaian Anugerah Tokoh Melayu Terbilang.

Mohd Faizal berkata orang ramai khususnya para anggota Umno dijemput untuk bersama-sama meraikan majlis bersejarah itu.

"Majlis akan berlangsung sederhana tetapi kita harapkan dengan pertambahan umur Umno dan sambutan Hari Umno ini akan menyemarakkan lagi semangat anggota-anggota UMNO untuk memastikan parti terus diterima di peringkat akar umbi," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan