Pengguna Perlu Berhati-Hati Dengan Janji Pemasaran - Ismail Sabri

Diterbitkan: Khamis, 6 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Para pengguna mesti sentiasa berhati-hati dan beringat dalam menilai janji-janji pihak yang memasarkan barangan terutama penghantaran produk bagi memastikan mereka tidak menjadi mangsa penipuan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata dalam persekitaran hari ini dengan adanya media cetak, penyiaran, internet dan telefon bimbit, para pengguna terdedah kepada lebih banyak mesej-mesej pemasaran berbanding sebelum ini.

"Kos komunikasi yang rendah dalam era digital membolehkan pihak yang membuat pemasaran, sama ada tempatan atau luar, yang baik atau tidak baik untuk berhubung dengan ramai pengguna dengan cara yang mudah," katanya dalam ucapannya pada majlis Anugerah Jenama Dipercayai Reader's Digest 2010 di sini semalam.

Beliau berkata para pengguna mestilah sentiasa berjaga-jaga supaya menerima nilai yang baik untuk wang mereka kerana kini mudah untuk menggunakan visual, muzik dan ayat yang menarik bagi mengaburi produk atau perkhidmatan yang berkualiti rendah.

"Kerajaan juga melaksanakan peranannya dengan mengambil tindakan terhadap pihak yang menipu dengan Program Pengguna Pintar yang baru diwujudkan bagi mengurangkan eksploitasi pengguna dalam pasaran," katanya. Beliau berkata dengan pelaksanaan program itu, pengguna akan mendapat semua bantuan yang diperlukan dalam membuat lebih banyak keputusan pembelian yang lebih berpengetahuan.

Sementara itu, Reader's Digest malam semalam menamakan jenama Malaysia paling dipercayai bagi produk-produk pengguna hasil kajian tahunan, untuk menghargai jenama yang sangat baik di negara ini dan Asia.

Daripada 42 kategori, jenama "Buatan Malaysia" diumumkan pemenang dalam 23 kategori dan menjadi pilihan ramai pengguna.

Senarai penuh pemenang:

1. Kategori Vitamin/Makanan Kesihatan Tambahan - Amway Nutrilite

2. Kategori Minuman Beralkohol - Carlsberg

3. Bank Paling Dipercayai - Maybank dan Public Bank

4. Bank Pengeluar Kad Kredit Tertinggi - Citibank dan Maybank

5. Perkhidmatan Kewangan Islam - Bank Islam

6. Syarikat Kewangan Pelaburan Paling Dipercayai - Public Mutual

7. Kategori Perlindungan Insurans - AIA, Great Eastern dan Prudential.

8. Pengendali Perkhidmatan Telefon - Maxis

9. Pengendali Perkhidmatan Internet - Streamyx

10. Syarikat Penerbangan - Malaysia Airlines

11. Kawasan Tarikan Pelancongan Keluarga - Genting Highlands dan Langkawi

12. Kereta - Honda, Proton dan Toyota

13. Tayar - Dunlop, Goodyear dan Michelin

14. Stesen Petrol - Petronas dan Shell

15. Perkhidmatan Udara/Courier - DHL, FedEx dan PosLaju

16. Pemaju Hartanah Berdaya Saing Tinggi - Sime Darby Property

17. Universiti Bertaraf Tinggi - Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknologi MARA

18. Agensi/Jabatan Kerajaan - Jabatan Imigresen Malaysia

19. Hospital Utama - Hospital Kuala Lumpur

20. Restoran Berkonsepkan Kekeluargaan- KFC, McDonald's dan Pizza Hut

21. Cat - ICI Dulux dan Nippon Paint

22. Ubin Dinding dan Lantai- White Horse

23. Tilam - Dreamland dan Duplopillo

24. Pendingin Hawa - Panasonic dan York

25. Kamera - Canon, Nikon dan Sony

26. Televisyen Skrin Rata- Panasonic, Samsung dan Sony

27. Komputer Peribadi- Acer, Dell dan HP

28. Mesin Pencetak Pelbagai Fungsi - Canon dan HP

29. Kedai Barangan Elektrik - Senheng

30. Pen - Kilometrico, Parker dan Pilot

31. Fesyen Kanak-Kanak- Kikilala dan Kiko

32. Pakaian Dalam Wanita - Triumph

33. Minyak Wangi - Calvin Klein, Dior, Estee lauder dan Hugo Boss

34. Peti Sejuk - Panasonic

35. Penapis Air- Amway, Diamond, Elken dan Panasonic

36. Minyak - Buruh, Knife dan Seri Murni

37. Produk Bahan Perisa- Adabi, Ajinomoto dan Maggi

38. Beras- Jasmine dan Jati

39. Minuman Kotak- Yeo's, Dutch Lady dan Nestle

40. Susu - Dutch Lady

41. Pencuci Pakaian- Dynamo, Fab dan Top

42. Pewarna Rambut - L'Oreal - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan