Gempa di Bengkulu: Pelajar M'sia Disahkan Selamat

Diterbitkan: Khamis, 6 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Jabatan Penuntut Malaysia di sini hari ini mengesahkan bahawa kesemua 60 orang pelajar Malaysia di Padang, Sumatera Barat terselamat dalam kejadian gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter yang menggegar Bengkulu, pada 11.30 malam tadi.

Padang terletak di Utara Bengkulu.

Pengarah MSD, Datuk Paduka Dr Junaidy Abu Bakar berkata, beliau telah membuat beberapa panggilan telefon kepada pemimpin pelajar Malaysia di Padang dan masih terus memantau keadaan di sana terutama bagi menghadapi kemungkinan berlaku gempa susulan.

Bagaimanapun, katanya para pelajar Malaysia kesemuanya selamat.

"Mereka telah diingatkan agar mengikut SOP kecemasan sekiranya berlaku bencana gempa bumi susulan. Komunikasi antara para pelajar sangat baik dan mereka saling berhubung antara satu sama lain.

"Pihak MSD Indonesia dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sentiasa memantau keadaan pelajar-pelajar kita dan bantuan segera akan diberikan sekiranya keadaan mereka terjejas," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Setakat ini, belum ada laporan mengenai kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda.

Para petugas Badan Pengurusan Bencana Kebangsaan di Bengkulu telah menjalankan pemeriksaan di kawasan terbabit sejak malam tadi.

Sementara itu menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia, gempa dengan kedalaman 10 km dari permukaan laut itu berlaku kira-kira selama lima minit.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan