209 Pengundi Parlimen Sibu Melebihi 100 Tahun?

Diterbitkan: Khamis, 6 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menyiasat dakwaan sebuah badan pemantau tempatan yang menggelarkan diri sebagai "Pemerhati Pilihan Raya Sibu" (SEW) bahawa terdapat 209 pengundi di kawasan Parlimen Sibu yang berumur melebihi 100 tahun.

Pengarah SPR Sarawak Datuk Takun Sunggah berkata pilihan raya kecil Sibu akan menggunakan senarai daftar pemilih tahun 2009 yang dikemas kini pada 9 April lepas.

"Saya tidak tahu senarai (daftar pemilih) mana yang mereka pakai tetapi kami (SPR) akan meneliti (dakwaan itu)," katanya kepada pemberita selepas taklimat media pilihan raya kecil Sibu di sini hari ini.

Semalam, SEW satu pertubuhan baru yang agak longgar, diwujudkan sebagai pemerhati bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu.

Penyelarasnya Wong Meng Chuo berkata SEW yang mempunyai 22 anggota yang akan memantau perjalanan penamaan calon, kempen dan pengundian sepanjang pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 9 April lepas akibat barah hati.

SPR menetapkan 8 Mei sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 16 Mei. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan