Tidak Ada Pengawal Keselamatan Warga Asing Tidak Lama Lagi - Dr Subramaniam

Diterbitkan: Rabu, 5 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerja pengawal keselamatan akan diambil alih sepenuhnya oleh warga tempatan dalam masa tidak lama lagi berikutan keputusan kerajaan tidak membenarkan warga asing menjalankan tugas itu.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata masih terdapat 4,000 pengawal keselamatan warga asing di Malaysia dan kebanyakan mereka adalah dari Nepal, Indonesia dan Filipina.

"Kerajaan tidak akan membenarkan warga asing bekerja sebagai pengawal keselamatan dan kementerian mampu menggantikan mereka dengan pekerja tempatan," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu program "Hello Malaysia" terbitan Bernama TV di sini malam semalam.

Ditanya mengenai syarikat yang lebih berminat membawa masuk pekerja asing, Dr Subramaniam berkata majikan perlu mengubah sikap berikutan langkah kerajaan tidak membenarkan mereka menggaji warga asing.

"Kami mahu memberi lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia...ia adalah satu satu sebab kami mencadangkan kenaikan gaji pengawal keselamatan," katanya.

Keputusan cadangan menaikkan gaji pengawal keselamatan dalam sektor swasta, berkuatkuasa 1 Julai ini, akan diumumkan minggu ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan