Sebanyak 669 Kes Penyakit Berpunca Dari Tempat Kerja Sepanjang 2009 - Berita Semasa | mStar

Sebanyak 669 Kes Penyakit Berpunca Dari Tempat Kerja Sepanjang 2009

Diterbitkan: Rabu, 5 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 669 kes penyakit berpunca dari tempat kerja dilaporkan sepanjang tahun lepas kerana sikap majikan dan pekerja yang kurang prihatin dengan kebersihan dan keselamatan di tempat kerja.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, kebanyakan penyakit yang berpunca dari tempat kerja hanya menunjukkan kesan dalam jangka masa panjang.

"Antara penyakit yang berpunca dari tempat kerja iaitu penyakit yang berkaitan dengan paru-paru, kulit, pendengaran, kanser, agen biologi, 'musculoskeletal' (tulang belakang dan rangka manusia), pendedahan kepada kimia," katanya pada sidang akhbar selepas perasmian Persidangan Kebersihan Perusahaan Kebangsaan ke-3 di sini hari ini.

Beliau berkata, majikan perlu meningkatkan pengurusan kawalan keselamatan dan kebersihan di tempat kerja supaya kes penyakit berpunca dari tempat kerja berkurangan.

Sementara itu, sebanyak 34,394 kes kemalangan semasa pergi balik ke tempat kerja dan 20,814 kes kemalangan di tempat kerja atau dikenali sebagai kemalangan industri dilaporkan dalam tempoh yang sama.

Persidangan selama dua hari itu bertujuan meningkatkan kesedaran majikan dan pekerja dalam memantau kawalan keselamatan di tempat kerja, dianjurkan Malaysian Industrial Hygiene Association (MIHA). - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan