P.Pinang Bukan Pusat Maksiat Negara: Ayub

Diterbitkan: Rabu, 5 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Polis hari ini menafikan dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim kononnya Pulau Pinang kini telah menjadi "pusat maksiat negara".

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, polis sentiasa memantau kegiatan pusat hiburan di negeri ini yang setakat ini adalah terkawal.

"Kita tidak boleh menolak persepsi sesetengah pihak kononnya terdapat banyak pusat maksiat di negeri ini kerana persepsi ini merupakan perkara yang berlaku, dan kita tidak ada hak menghalang orang ramai bercakap sebegitu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, dalam sesi perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, Azhar, yang juga ketua pembangkang di DUN Pulau Pinang, menyifatkan Pulau Pinang sebagai pusat maksiat negara berikutan kegiatan maksiat yang berleluasa berbanding negeri lain.

Azhar juga berkata, kerajaan negeri sekarang memberi lesen pembukaan pusat hiburan dan menyebabkan jumlah pusat hiburan termasuk pusat kumpulan gay semakin meningkat di negeri ini.

Ayub berkata, polis tidak boleh menghalang orang ramai untuk mendapatkan hiburan tetapi sesetengah pusat hiburan sememangnya didapati menyalahgunakan lesen perniagaan dan menjalankan kegiatan perniagaan judi dan pelacuran secara haram.

"Polis hanya boleh menahan mereka berdasarkan bukti, saman, dan membawa tuduhan itu ke mahkamah, tetapi kita tidak mempunyai kuasa lain untuk mengawal lesen atau permit untuk membuka pusat hiburan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan