Polis Pertingkat Kawalan Keselamatan Sultan Kelantan

Diterbitkan: Rabu, 5 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Polis diarahkan meningkatkan kawalan keselamatan ke atas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang sedang menjalani rawatan susulan masalah jantung di Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian berikutan kejadian seorang pengawal keselamatan istana ditembak Sabtu lepas.

Pengelola Istana DiRaja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berkata Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra telah menitahkan kepada Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi untuk memastikan keselamatan dan kesihatan Sultan lebih terjamin.

Ini berikutan insiden pengawal keselamatan Istana Diraja Kelantan, Ramli Mohamad, 50, yang cedera parah di dada akibat ditembak empat das oleh suspek yang tidak dikenali pada 1 Mei lalu, katanya.

"Berdasarkan titah-titah arahan tersebut, maka bermula 4 Mei pihak polis telah meningkatkan kawalan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sultan Kelantan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian semalam untuk menjalani rawatan susulan masalah jantung.

Petang semalam, anakanda ketiga Sultan Kelantan, Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry Petra pada sidang akhbar di sini berkata beliau bercadang membawa ayahandanya menjalani rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Bagaimanapun penerbangan itu tidak dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Sultan Kelantan pada 14 Mei 2009 dimasukkan ke HUSM di Kubang Kerian kerana gering, dan pada 24 Mei 2009 dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth, Singapura bagi menerima rawatan lanjutan masalah jantungnya dan hanya kembali ke Kelantan pada 3 Mac lepas setelah hampir setahun berada di hospital itu.

Abdul Halim berkata Sultan Kelantan telah dibawa ke HUSM semalam dengan iringan ketat polis dan ditempatkan di Wad DiRaja supaya doktor pakar dapat memeriksa dan memberi pandangan kepada Pemangku Raja dan kerajaan negeri untuk rawatan susulan dan tindakan lanjut.

"Sebelum pada ini pihak-pihak tertentu juga telah menghalang doktor-doktor pakar dari membuat rawatan susulan dan terapi untuk pemulihan ke bawah Duli Tuanku Al-Sultan," katanya.

Menurut pegawai-pegawai Istana, Sultan Kelantan akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur petang esok dengan pesawat kerajaan untuk menerima rawatan susulan.

Abdul Halim meminta orang ramai supaya tidak mendengar khabar angin dan laporan dalam blog-blog, sebaliknya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Sultan Kelantan atau pihak bertanggungjawab.

Beliau berkata Pemangku Raja amat prihatin dan menyayangi ayahanda baginda dan akan berusaha untuk membuat yang terbaik bagi kebahagiaan Sultan yang masih gering dan makanan masih diambil menggunakan "tubing", iaitu makan melalui tiub.

"Kita perlu faham apa yang berlaku adalah urusan keluarga Diraja Kelantan dan segala-galanya adalah takdir Allah dan kita terima seadanya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan