PM Mahu Pandangan Orang Ramai Mengenai Tenaga Nuklear

Diterbitkan: Rabu, 5 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahukan pandangan orang ramai mengenai masa depan penjanaan tenaga elektrik di Malaysia khususnya penggunaan nuklear.

"Adakah sebarang alternatif yang belum dipertimbangkan, yang benar-benar boleh meletakkan Malaysia sebagai pelopor revolusi bumi hijau?," katanya dalam blog www.1malaysia.com.my hari ini.

Najib berkata ini kerana kerajaan sedang melakukan satu kajian kebolehlaksanaan terhadap penggunaan tenaga nuklear untuk menjana tenaga elektrik.

"Saya sangat berminat untuk lebih memahami dan mengetahui hasil kajian tersebut, jika kita memutuskan untuk meneruskan dengan penggunaan tenaga nuklear, 12 ke 15 tahun akan berlalu sebelum tenaga dapat dihasilkan dengan menggunakan reaktor-reaktor kecil," katanya.

Beliau berkata tidak dipertikaikan bahawa tenaga nuklear adalah efisien dan kos efektif, bagaimanapun, kerajaan perlu mengkaji sama ada ia pilihan yang tepat sebagai satu sumber baru tenaga di negara ini.

"Kita tidak akan bersendirian jika memilih untuk menggunakan tenaga nuklear, sebab itulah kita meninjau di seluruh dunia untuk belajar dari negara-negara lain dan mengambil perhatian daripada kemajuan teknologi dalam industri/sektor ini," katanya.

Semalam, kerajaan telah memberi lampu hijau kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk meneruskan rancangan bagi membina sebuah loji janakuasa nuklear negara yang pertama yang dijangka beroperasi menjelang tahun 2021.

Najib berkata adalah penting untuk negara menyimpan dan menguruskan sumber semula jadi khususnya sumber semula jadi tidak boleh diperbaharui yang amat terbatas dan akhirnya bekalannya akan kehabisan.

"Dalam hal ini, penggunaan bahan bakar semasa untuk menjana tenaga terlalu menjurus kepada penggunaan gas asli dan arang batu - bahan bakar bagi kebanyakan penjanaan tenaga elektrik kita.

"Ketidakseimbangan sedemikian perlu diperbetulkan dalam usaha kita untuk menjadi sebuah ekonomi yang menghasilkan kadar karbon yang rendah. Ketepikan pertimbangan alam sekitar, penggunaan arang batu dan gas asli secara berterusan selepas 2020 amat mahal dan merugikan," katanya.

Beliau berkata perkembangan ini menuntut penggunaan bahan bakar fosil secara bijaksana dalam jangka masa sederhana dan panjang serta berpindah kepada sumber tenaga alternatif yang lebih bersih dan cekap.

"Ini sebabnya kenapa inovasi menjadi sangat penting bagi kita menemukan kaedah baru supaya menjadi lebih efisien dalam usaha untuk menjadi sebuah negara maju.

"Selagi kita berkesempatan mempergunakan limpahan cahaya matahari yang terdapat di negara kita, jangan pula kita lupa akan peluang-peluang yang mungkin terdapat daripada biojisim," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan