Pengguna Perlu Hormati Karya Asli - Ismail Sabri

Diterbitkan: Rabu, 5 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyeru orang ramai sebagai pengguna supaya menghormati karya asli yang merupakan hak cipta.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sikap ambil ringan terhadap perkara itu menyebabkan mereka tidak prihatin apabila membeli barangan cetak rompak.

“Cetak rompak bukan sekadar muzik atau filem, tetapi sebenarnya lebih daripada itu seperti penulisan dan barangan.

“Apa sahaja karya asli yang ditiru adalah cetak rompak dan pengguna perlu mengetahui perkara itu secara jelas,” katanya kepada mStar Online hari ini.

Ismail Sabri berkata, pengguna perlu diberikan kesedaran secara meluas kerana seperti lagu, mereka mungkin melihatnya ia sekadar sekeping cakera padat (CD).

“Mereka (pengguna) mungkin fikir harga yang mahal itu disebabkan oleh kulit CD kerana material atau hiasannya, tetapi mereka lupa ‘di dalamnya’ mempunyai nilai,” katanya.

Bagi memastikan karya asli atau hak cipta dilindungi terutama membabitkan isu cetak rompak, Akta Hakcipta 1987 akan dipinda selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Selepas akta berkenaan dipinda, semua individu yang terlibat dengan kes cetak rompak akan dikenakan tindakan termasuk pembeli barangan cetak rompak dan pemilik premis.

Bagaimanapun, Ismail Sabri tidak menafikan harga menjadi antara faktor pengguna membeli barangan cetak rompak jauh lebih murah berbanding yang asli.

“Seperti CD dan cakera padat digital (DVD), kementerian akan berbincang dengan syarikat produksi bagi memastikan harga pasaran berpatutan.

“Ada syarikat produksi sudah pun menjualnya pada harga murah seperti KRU (KRU Berhad) yang hanya menjualnya pada harga RM9.90,” katanya.

Beliau berkata, KPDNKK akan terus menyusun pelbagai program kesedaran kepada orang ramai bagi memastikan mereka benar-benar memahami nilai sesuatu karya.

“Satu kempen akan dijalankan pada 10 Mei ini iaitu Gerak Gempur Cetak Rompak di KL Sentral di ibu negara bagi mengatasi masalah cetak rompak.

“Selain menyedarkan orang ramai mengenai cetak rompak, mereka juga akan dimaklumkan mengenai tindakan yang dikenakan sekiranya membeli atau memilikinya,” kata Ismail Sabri.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan