Peluru Berjaya Dikeluarkan Daripada Pengawal Ditembak - Berita Semasa | mStar

Peluru Berjaya Dikeluarkan Daripada Pengawal Ditembak

Diterbitkan: Rabu, 5 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Pihak Hospital Raja Perempuan Zainab Dua hari ini berjaya mengeluarkan peluru daripada pengawal keselamatan Istana DiRaja Kelantan, Ramli Muhammad, 50, yang cedera akibat ditembak pada 1 Mei lepas.

Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berkata peluru itu berjaya dikeluarkan ini dalam satu pembedahan tengah hari ini.

"Beliau kini dalam keadaan stabil dan menerima rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ramli cedera parah setelah ditembak empat das di Kampung Kok Keli, Tumpat. Beliau ditembak dari jarak dekat ketika menaiki motosikal untuk pulang ke rumah. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan