PAS Tak Pernah Bohong Isu GMC

Diterbitkan: Rabu, 5 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS menegaskan bahawa parti itu tidak pernah berbohong mengenai penafian mereka terbabit dalam firma Global Media Channel (GMC) yang didakwa menjadi jentera memburukkan pentadbiran Kerajaan Pusat.

Sebaliknya Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz secara berterusan melakukan pembohongan bagi memberi imej buruk kepada PAS dan barisan kepimpinannya.

"Siapa yang berbohong sebenarnya? PAS tak pernah berbohong dan saya sendiri juga tidak (berbohong).

"Saya tak pernah tahu langsung mengenai GMC, macam mana pula dia kata saya pernah rasmikan majlis seminar seperti yang dikatakannya itu," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Mustafa berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Syed Azidi bahawa penafian PAS mengenai kewujudan GMC adalah semata-mata untuk melindungi lima individu yang menjadi penyumbang dana sebanyak RM4 juta bagi menjalankan operasi gerak saraf.

Dakwa Syed Azidi lagi, beliau yakin Mustafa mengetahui soal GMC kerana beliau pernah merasmikan seminar mengenai media di Pejabat Agung Pas, Kuala Lumpur pada 2007 bagi mewakili GMC.

Bagaimanapun jelas Mustafa, memandangkan Syed Azidi begitu ghairah melakukan pembohongan bagi menjatuhkan imejnya dan PAS, beliau kini sedang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu.

"Dia terlalu banyak melakukan pembohongan, sekarang ini saya sudah arahkan pihak peguam untuk kaji tindakan yang boleh diambil terhadapnya.

"Kita akan kaji semua kenyataan yang dibuatnya sebelum ini, satu tindakan undang-undang akan dilakukan kepadanya," katanya.

Syed Azidi sebelum ini telah membuat satu dakwaan mengenai tindakan pihak-pihak tertentu memberikannya peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun untuk memburukkan imej dan melemahkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau turut mendakwa kerajaan PAS Kelantan menyalurkan sumber kewangan itu untuk melaksanakan gerakan tersusun memburukkan Kerajaan Pusat sekali gus memastikan Pas kekal berkuasa di negeri itu.

Menurut Syed Azidi, peruntukan tersebut diberikan bertujuan melaksanakan operasi gerak saraf melalui syarikat GMC yang beribu pejabat di Jalan Kota Darul Naim, Kelantan bermula Julai 2007.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan