Nuklear Paling Selamat Jana Elektrik

Diterbitkan: Rabu, 5 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tidak ramai yang mengetahui bahawa tenaga nuklear adalah sumber penjanaan tenaga elektrik yang paling selamat berbanding dengan sumber tenaga lain.

Timbalan Naib Canselor Universiti Perubatan Sains Masterskill, Profesor Datuk Proom Promwichit berkata, hanya 0.007 peratus risiko bagi penggunanya dan setakat hari ini belum ada kes kemalangan reaktor tenaga nuklear yang memberi kesan besar kepada tamadun manusia kecuali ia berlaku akibat daripada kecuaian manusia sendiri.

Beliau berpendapat bahawa cadangan yang dibuat oleh kerajaan untuk menjadikan sumber tenaga nuklear sebagai sumber alternatif bagi penjanaan tenaga elektik pada masa hadapan adalah cadangan yang bijak dan banyak mendatangkan manfaat kepada negara.

"Dari segi kepakaran sumber manusia kita tidak mempunyai banyak masalah dalam hal ini kerana kita mempunyai rakyat yang mempunyai kepakaran tersebut namun kemungkinan besar kita mempunyai masalah untuk mencari lokasi yang sesuai untuk bina reaktor kecil," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Proom yang menjadi rakyat Malaysia pertama memperkenalkan teknologi perubatan berasaskan nuklear di negara ini berpendapat bahawa negeri Terengganu ataupun Kedah adalah lokasi yang sesuai untuk pembinaan reaktor pertama negara kerana lokasinya yang sesuai dan bebas dari jaluran risiko gempa bumi.

Semalam, kerajaan telah memberi lampu hijau kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk meneruskan rancangan bagi membina sebuah loji janakuasa nuklear negara yang pertama yang dijangka beroperasi menjelang tahun 2021. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan