Husam Enggan Jawab Isu Gerak Saraf Babitkan RM4 Juta

Diterbitkan: Rabu, 5 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan Datuk Husam Musa berkata beliau tidak akan menjawab dakwaan penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mengenai kewujudan lima nama sebagai dalang untuk melemahkan kepimpinan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi mengekalkan pemerintahan PAS di Kelantan.

"Setakat ini saya tidak perlu menjawab, kerana dia (Syed Azidi) tidak menyebut nama saya secara jelas di antara lima orang yang disebut-sebut sebagai dalang dalam gerakan itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Syed Azidi dalam blognya bahawa beliau mempunyai keterangan yang jelas mengenai lima pemimpin kerajaan negeri yang terlibat dalam gerakan saraf menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Abdullah bagi memastikan PAS berkuasa di Kelantan.

Husam berkata dakwaan penulis blog berkenaan juga tidak menyebut apakah bentuk gerakan memburukkan bekas Perdana Menteri itu sama ada kedudukan peribadi atau sebagainya.

"Apa yang disebut-sebut dan menuding ke arahnya sebagai andaian media semata-mata," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan