GST Tidak Dilaksana Sehingga Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan Diluluskan - Awang Adek

Diterbitkan: Rabu, 5 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan tidak akan dilakukan sehingga Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan diluluskan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Awang Adek Hussin.

Beliau berkata akta tersebut dilihat mampu mengawal para peniaga daripada bertindak mengambil untung berlebihan selepas GST dilaksanakan kelak.

Akta itu kini dalam proses penilaian terakhir Jabatan Peguam Negara dan dijangka dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Parlimen selewat-lewatnya Jun ini.

"Ada kebimbangan bahawa mungkin ada peniaga yang tidak bertanggungjawab akan menaikkan harga barang mereka atas alasan GST untuk mendapat keuntungan berlebihan.

"Justeru atas faktor kebimbangan tersebut perlu ada undang-undang yang boleh membasmi peniaga-peniaga ini daripada mengambil untung berlebihan, iaitu akta tersebut (Kawalan Harga dan Anti Pencatutan) perlu diluluskan terlebih dahulu sebelum GST dilaksanakan," katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Nor Hayati Onn di Dewan Negara di sini hari ini.

Nor Hayati ingin tahu bila kerajaan akan melaksanakan GST dan usaha terkini kerajaan bagi memastikan pelaksananaanya diterima masyarakat.

Awang Adek berkata kerajaan turut sedar pada masa ini tahap pemahaman rakyat terhadap GST masih belum menyeluruh sehingga timbul kebimbangan dan kerisauan bahawa pelaksanaan GST boleh menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan naik.

"Sebenarnya banyak kelebihan dan faedah yang akan diperolehi oleh kerajaan dan negara dengan pelaksanaan GST ini, antaranya ia mampu mengembangkan cukai kerajaan yang selama ini banyak bergantung pada cukai pendapatan dan petroleum.

"Selain itu ia juga akan mengukuhkan hasil kewangan kerajaan dalam jangka masa panjang yang akan memberi kerajaan sumber kewangan dalam menjalankan agenda pembangunan kerajaan dan membayar gaji penjawat awam yang lebih tinggi," katanya.

Katanya, orang ramai juga tidak perlu bimbang dengan kenaikan harga barangan memandangkan banyak barang keperluan dibebaskan daripada dikenakan GST.

"Antara barang keperluan yang tidak dikenakan GST adalah produk pertanian seperti padi dan sayur-sayuran segar, barang makanan seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, binatang ternakan dan daging seperti lembu, kerbau, khinzir, kambing, ayam dan itik, telur (termasuk telur masin), ikan, udang, kerang, dan sotong (termasuk yang dikeringkan dan dimasinkan).

"Perkhidmatan yang sifar GST pula seperti bekalan elektrik bagi 200 unit pertama setiap bulan untuk pengguna domestik, bekalan air bagi 35 meter padu pertama setiap bulan untuk pengguna dimestik, barang dan perkhidmatan yang dieksport dan perkhidmatan antarabangsa," katanya.

Menurut beliau, GST juga memberi kelebihan kepada para peniaga dan pengilang kerana mereka boleh menuntut semula cukai yang dikenakan ke atas input yang digunakan dalam barangan yang dihasilkan atau dalam perniagaan mereka.

"Ini bermakna mereka hanya perlu membayar cukai ke atas nilai ditambah oleh mereka sahaja bagi mengelak cukai bertindih atau cukai berganda," katanya.

Pada masa sama, katanya hanya syarikat-syarikat perniagaan yang mempunyai jualan lebih besar daripada RM500,000 setahun sahaja tertakluk kepada GST.

"Ini bererti 78 peratus atau 433,558 entiti perniagaan akan dikecualikan daripada sistem GST.

Mengulas lanjut, beliau berkata kadar GST empat peratus yang dicadangkan juga telah mengurangkan beban cukai yang perlu ditanggung oleh rakyat sebelum GST dilaksanakan iaitu secara purata adalah 2.53 peratus berbanding sebelum GST 2.88 peratus.

"Bagi golongan miskin, cukai yang perlu ditanggung setelah GST dilaksanakan adalah sebanyak 2.17 peratus berbanding 2.38 peratus (cukai sebelum GST dilaksanakan), golongan berpendapatan rendah 2.43 peratus berbanding 2.75 peratus, golongan sederhana 2.57 peratus, berbanding 2.94 peratus dan golongan berpendapatan tinggi 2.74 peratus berbanding 3.13 peratus," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan