Fakhry Ditahan, Sultan Kelantan Jalani Rawatan Susulan

Diterbitkan: Rabu, 5 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra ditahan oleh sepasukan anggota dan pegawai polis dipercayai daripada Unit Tindakan Khas (UTK) di luar Istana Mahkota, Kubang Kerian di sini malam tadi.

Tengku Fakhry dilaporkan ditahan bersama dua orang doktor dan beberapa orang pegngawal peribadi Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.

Sumber istana memberitahu, ketika ditahan putera ketiga Sultan Kelantan bersama-sama dua orang doktor dan sekumpulan pengawal peribadi sultan baru sahaja keluar daripada kenderaan kira-kira 50 meter dari Istana Mahkota.

Kejadian dikatakan berlaku pada kira-kira pukul 7.30 malam.

Sumber itu mendakwa ketika kejadian Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dan Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid berada di tempat kejadian.

Menurut sumber itu, ketika diserbu oleh UTK rombongan itu sedang dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di Pengakalan Chepa di sini.

“Sebaik keluar dari pagar Istana Mahkota, sepasukan lelaki memakai topeng yang lengkap bersenjata menyerbu kenderaan yang dinaiki oleh Tengku Temenggong dan Sultan Kelantan.

“Tengku Fakhry bersama dua orang doktor serta beberapa orang pengawal peribadi kemudian ditahan,” kata sumber itu.

Sumber itu memberitahu, kesemua yang ditahan di bawa Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Polis Kelantan.

Bagaimanapun, sumber itu mendakwa, Sultan Kelantan dan Tengku Anis kemudiannya di bawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Difahamkan, sebelum itu Sultan Kelantan dijadualkan menaiki pesawat swasta menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpue (KLIA) Sepang, pada pukul 7.50 malam.

Bsginda kemudian dirancang akan menyambung penerbangan ke Singapura pada pukul 10.45 malam pada hari yang sama untuk mendapatkan rawatan susulan berhubung kesihatannya.

Bagaimanapun, sumber itu memberitahu Tengku Fakhry yang ditahan dilihat meninggalkan IPK Kelantan pada pukul 10.10 malam tadi dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Nasib dua orang doktor dan kumpulan pengawal peribadi masih belum diketahui.

Dalam perkembangan lain di HUSM, Tengku Anis diawasi ketat oleh pihak polis bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Sehingga pukul 12 tengah malam tadi, Tengku Anis didakwa tidak berpuas hati apabila baginda tidak dibenarkan masuk ke bilik Sultan Kelantan yang sedang menjalani pemeriksaan.

Difahamkan, Tengku Anis hanya dibenarkan masuk ke dalam bilik Sultan Kelantan pada pukul 1 pagi tadi dengan diawasi oleh beberapa anggota keselamatan

Sementara itu, sumber polis memberitahu, polis Kelantan terpaksa menahan putera raja itu dan beberapa yang lain bagi mengelakkan Sultan Kelantan dibawa keluar ke Singpura.

"Tengku Fakhry bukan ditahan macam penjenayah tetapi mereka ditahan bagi menggelakkan Sultan Kelantan di bawa ke luar negara," kata sumber itu.

Dalam pada itu, pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad mengesahkan Sultan Kelantan telah dimasukkan ke HUSM.

Difahamkan baginda dimasukkan ke hospital itu atas pilihan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra untuk menjalani rawatan susulan.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan