AirAsia Selesai Tunggakan Hutang Dengan MAHB Hujung 2009

Diterbitkan: Rabu, 5 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia telah menyelesaikan segala tunggakan hutangnya kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Dewan Negara diberitahu hari ini.

"Sehingga akhir 2009 tiada sebarang hutang tertunggak oleh syarikat penerbangan AirAsia kepada MAHB dan pihak MAHB sentiasa memantau dari semasa ke semasa bagi memastikan tidak terdapat sebarang hutang oleh syarikat tersebut," kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri di Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Zainun A. Bakar yang ingin mengetahui jumlah tunggakan lapangan terbang AirAsia kepada MAHB sehingga akhir 2009 dan langkah-langkah yang diambil MAHB bagi mengutip hutang berkenaan.

Zainun juga ingin tahu mengapa MAHB memberi diskaun sebanyak RM25 juta daripada RM132 juta tunggakan hutang AirAsia terhadap MAHB.

Bagi menjawab soalan itu, Abd Rahim berkata, inisiatif tersebut diberi berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak setelah rundingan diadakan.

Katanya, sehingga akhir 2009 AirAsia telah menjelaskan segala tunggakan mereka kepada MAHB dengan siri pembayaran bermula pada 19 Ogos 2009 sebanyak RM20 juta, 28 Ogos (RM20 juta), 4 September (RM20 juta), 18 September (RM20 juta) dan 30 September (RM32.6 juta).

"MAHB memberi diskaun berkenaan setelah satu rundingan komersial antara kedua belah pihak dijalankan sekaligus bagi menjaga kepentingan masing-masing.

"Hutang yang dibayar itu juga bukan hanya untuk caj lapangan terbang tetapi turut melibatkan beberapa caj lain seperti caj parkir, caj pendaratan dan sewa pejabat," katanya.

Dalam pada itu, beliau menafikan dakwaan AirAsia yang menyatakan syarikat itu tidak diberi laluan seperti yang dimohon.

Ini kerana, katanya, terdapat 14 laluan yang diluluskan untuk syarikat berkenaan termasuk laluan yang menghubungkan Manchester dan Zurich yang belum beroperasi.

"Keputusan kementerian memberikan kelulusan kepada sesebuah syarikat adalah berdasarkan hak trafik antara kedua-dua negara.

"Selain itu, kementerian juga akan melihat kesan kepada syarikat sedia ada dan jika kesannya membawa kerugian kepada kedua-dua syarikat itu, kita tidak akan membuat keputusan mengenainya.

"Sumbangan kepada negara juga diambil kira, jika ia memberikan sumbangan meningkatkan imej Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai hab penerbangan, maka kita akan memberikan kelulusan terhadap laluan dimohon," katanya menjawab dakwaan yang dibangkitkan Senator Datuk Daljit Singh Dalliwal bahawa AirAsia tidak diberikan laluan seperti yang dimohon syarikat berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan