Abu Zahar Berhasrat Ubah Persepsi Dewan Negara Hanya Sebagai "Rubber Stamp"

Diterbitkan: Rabu, 5 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Negara yang baru Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata sebaik sahaja dilantik ke jawatan itu pada 26 April lepas, objektif utama beliau ialah untuk mengubah persepsi awam yang Dewan Negara hanya berperanan sebagai "rubber stamp" atau "pihak yang meluluskan undang-undang sahaja".

Katanya beliau berhasrat menjadikan Dewan Negara sebagai sebuah institusi Parlimen yang lebih dihormati baik di dalam negara mahupun di arena antarabangsa.

"Hasrat saya ialah menjadikan Dewan Negara sebagai badan yang dihormati, dihargai dan mempunyai keterampilan, mempunyai kebolehan dan keupayaan yang lebih menyerlah, sejajar dengan keadaan semasa," katanya kepada pemberita di Bilik Taklimat bangunan Parlimen hari ini.

Abu Zahar berkata beliau mahu menjadikan Dewan Negara sebagai institusi yang mempunyai misi dan visi bagi memastikan Malaysia dikenali di peringkat antarabangsa.

Beliau turut melahirkan kegembiraannya dengan prestasi yang ditunjukkan semua senator berikutan cadangan yang dikemukakan mereka semasa perbahasan amat bernas, tidak emosional dan profesional.

Abu Zahar berkata, sebelum ini beliau difahamkan bahawa tidak ramai senator yang mahu berbahas dalam sesuatu isu.

"Sekarang semua (68 senator) nak bercakap, berebut-rebut, cuma masa tak cukup...bagaimanapun, kita akan cuba berlaku adil kepada mereka," katanya dan menurutnya semua itu merupakan satu perkembangan yang cukup sihat dan amat dialu-alukan.

Katanya, beliau juga telah meminta anggota Dewan Negara supaya menjadi senator yang bertanggungjawab dan melupakan parti masing-masing ketika menjalankan tugas yang diamanahkan demi kesejahteraan rakyat.

Abu Zahar berkata jika semua anggota Dewan Rakyat atau Dewan Negara dapat menghayati dan menghargai Peraturan Mesyuarat Parlimen dan lafaz yang diikrar semasa mengangkat sumpah iaitu mempertahankan Perlembagaan negara, sebarang masalah tidak akan timbul ketika persidangan.

Terdahulu, beliau berkata pertemuannya dengan wakil media diadakan hari ini bagi mewujudkan silaturrahim dan kerjasama yang baik antara warga kerja Parlimen khususnya Dewan Negara dengan petugas media.

"Saya rasa bersyukur bahawa adanya pendekatan ini antara kita dengan pihak wartawan, peranan wartawan ini amat penting, tapi saya nak nyatakan bahawa wartawan juga ada dia punya had-had dan sebagai wartawan, tuan-tuan mesti bertanggungjawab kepada bangsa dan negara kita. "Tuan-tuan semua adalah kumpulan yang mempunyai tanggungjawab dalam bentuk menyiarkan berita-berita, di samping itu, berita yang tuan-tuan bangkitkan itu mesti juga bertanggungjawab dalam konteks Perlembagaan kita," katanya.

Beliau berkata, pemberita juga perlu meningkatkan ilmu dan pengetahuan masing-masing supaya selari dengan perkembangan semasa.

Selain itu, katanya, mereka juga perlu membina profesionalisme kewartawanan dengan memastikan mereka sentiasa memberikan laporan yang betul dan konstruktif, bukan berunsur fitnah.

Abu Zahar berkata beliau dan timbalannya, Datuk Armani Mahiruddin bersikap terbuka dan sedia membantu wartawan yang membuat liputan persidangan Dewan Negara. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan