Tidak Perlu Mafrel Atau NGO Lain Pantau P'Raya Kecil Sibu: SPR

Diterbitkan: Selasa, 4 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Pemantau Pilihan Raya Bersih dan Adil (Mafrel) atau badan bukan kerajaan yang seumpamanya tidak diperlukan untuk menjadi pemerhati bebas kepada perjalanan pilihan raya keci bagi kerusi Parlimen Sibu.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, SPR telah menyediakan langkah terperinci bagi memastikan pilihan raya tersebut yang hari penamaan calon akan diadakan pada 8 Mei dan hari pengundian pada 16 Mei, dapat dijalankan secara adil dan telus.

"Mafrel tidak diperlukan di pilihan raya kecil Hulu Selangor baru-baru ini. Kita juga tidak memerlukan mereka sebagai pemerhati di pilihan raya kecil Sibu.

"Kita telah membentuk enam pasukan penguatkuasaan. Wakil-wakil calon yang akan bertanding akan dijemput sebagai anggotanya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

SPR mengadakan taklimat kepada semua pihak yang terlibat dengan pilihan raya tersebut.

Beliau berkata, penyertaan wakil-wakil berkenaan akan membolehkan mereka menjadi pemerhati di pusat pengundian, pusat pengiraan dan memantau proses berkempen.

Wan Ahmad berkata, SPR mengiktiraf peranan Mafrel dalam sembilan pilihan raya kecil sebelum di Hulu Selangor, tetapi ia gagal untuk menghantar sebarang maklum balas atau laporan kepada SPR.

"Pengundi atau calon tidak perlu bimbang. Kita telah melaksanakan 12 pilihan raya umum dan lebih 300 pilihan raya kecil selama ini dan kita juga sentiasa mengemas kini sistem kita.

"Penyertaan wakil calon dalam pasukan penguatkuasaan kita, sudah memberi jaminan yang cukup mengenai keadilan dan ketelusan," katanya.

Beliau turut mengingatkan semua calon dan wakil mereka supaya memiliki pengetahuan mengenai peraturan dan undang-undang pilihan raya. Adalah penting bagi mereka untuk mendapatkan permit polis sebelum mengadakan sebarang perhimpunan bagi memudahkan pihak polis memantau dan memastikan keselamatan awam, katanya.

Wan Ahmad berkata, RM1.2 juta diperuntukan untuk pilihn raya kecil Sibu.

Beliau berkata, keputusan pilihan raya dijangka dapat diumumkan sebelum atau pada 9 malam atau selewat-lewatnya 10 malam. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan