Tiada Peluang Naik Pangkat Punca Orang Asli Tidak Minat Kerja Di JHEOA

Diterbitkan: Selasa, 4 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada peluang kenaikan pangkat merupakan faktor utama masyarakat Orang Asli, khususnya mereka yang mempunyai kelayakan akademik, tidak berminat untuk mengisi jawatan penting di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, tindakan segelintir golongan profesional di kalangan Orang Asli itu dilihat sebagai masalah kecil untuk meningkatkan bilangan Orang Asli berkhidmat di JHEOA.

"Kalau mereka layak, kita akan letak mereka di jawatan yang sewajarnya tetapi ada juga di kalangan masyarakat Orang Asi yang mempunyai kelulusan tinggi tetapi tidak berminat untuk berada di jabatan yang mewakili masyarakat mereka.

"Ada yang menolak jawatan kerana melihat tiada peluang kenaikan dengan mudah," katanya semasa sesi soal jawab persidangan Dewan Negara di sini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Muhammad Olian Abdullah yang meminta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan bilangan serta peratusan Orang Asli yang sedang memegang jawatan di JHEOA.

Katanya, sehingga 16 April tahun ini, jumlah keseluruhan pengisian perjawatan di JHEOA adalah seramai 1,230 orang berbanding dengan 1,378 keseluruhan bilangan perjawatan yang ada dalam waran perjawatan di JHEOA.

Beliau berkata, keseluruhan pengisian perjawatan oleh kakitangan Orang Asli adalah seramai 301 orang iaitu 24.47 peratus daripada jumlah keseluruhan perjawatan yang diisi di JHEOA.

Daripada jumlah itu katanya, seramai 182 orang iaitu 40.71 peratus daripada pengisian jawatan kumpulan sokongan II (sokongan rendah) diisi oleh kakitangan Orang Asli, dan 117 atau 15.62 peratus kumpulan sokongan I, manakala seramai dua orang atau 6.06 peratus daripada jawatan dalam kumpulan pengurusan dan profesional diisi pegawai Orang Asli.

"JHEOA sentiasa memberi keutamaan pengisian kekosongan perjawatan kepada masyarakat Orang Asli. Bagaimanapun, kuasa JHEOA hanya terbatas untuk proses pengambilan kakitangan di peringkat kumpulan sokongan II dan Pekerja Khidmat Singkat (PKS) saja," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan