Sultan Kedah Berangkat Hadiri Majlis Santapan Amal Public Bank

Diterbitkan: Selasa, 4 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Sultanah Kedah Tuanku Haminah Hamidun malam ini berkenan berangkat menghadiri majlis santapan amal Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah (P-BANK)2010 di sini.

Majlis tahunan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby itu diadakan sempena ulang tahun keputeraan ke-82 Sultan Kedah, dan dihadiri kira-kira 500 jemputan.

Majlis santapan amal ini merupakan cara terbesar dalam kalendar P-BANK bagi mengutip sumbangan sebagai persediaan persatuan tersebut menghadapi sebarang bentuk bencana alam bagi membolehkan bantuan dihulurkan untuk mangsa yang terlibat di Kedah.

Turut hadir Tengku Bendahara Kedah Datuk Seri Tengku Anuar Sultan Badlishah selaku Yang Dipertua P-BANK, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, kerabat diraja dari beberapa negeri, ahli-ahli exco kerajaan negeri Kedah serta orang kenamaan lain.

Majlis bertemakan konsep 1Malaysia ini diserikan dengan persembahan muzik dan tarian.

Pada majlis itu, Sultan Kedah yang juga penaung P-BANK turut memotong kek sambil para hadirin menyanyikan lagu Selamat Hari Keputeraan. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan