Sekolah Tamil Di Hulu Selangor Dapat Bekalan Air Selepas Lebih 50 Tahun

Diterbitkan: Selasa, 4 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HULU SELANGOR: Selepas lebih 50 tahun menggunakan baldi untuk mengangkut air bukit, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJK) Ladang Escot akhirnya dapat menikmati bekalan air bersih paip semalam.

SJK Tamil Ladang Escot mempunyai 60 murid yang rata-ratanya anak peneroka ladang kelapa sawit, manakala 11 guru mengajar di sekolah tersebut.

Pemasangan saluran paip itu dilakukan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) selepas mengetahui masalah sekolah itu semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini.

Sebelum ini, sekolah itu yang berdekatan estet terpaksa menggunakan air bukit berhampiran sumber bagi kegiatan harian seperti minum dan menggunakan tandas.

Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail berkata Syabas telah memasang paip sepanjang 1,500 meter dari Ulu Bernam ke sekolah itu dengan anggaran kos RM600,000.

"Ini juga sebagai menunaikan janji jika pihak Barisan Nasional menang pilihan raya kali ini, ini kerana kami sebagai badan kerajaan akan menyokong hasrat kerajaan itu," katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak pemasangan paip itu.

Hadir sama di tapak pemasangan air berkenaan adalah Anggota Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan yang mengucapkan terima kasih kepada Syabas.

"Semua kemudahan yang kami sediakan ini adalah untuk rakyat, dan saya berpegang kepada kata-kata Perdana Menteri, di mana kebajikan rakyat perlu diberi keutamaan," kata Kamalanthan.

Guru besar sekolah tersebut, Menon Murugayee, berkata: "Kami berasa amat bersyukur dan gembira apabila kini dapat menikmati bekalan air bersih, dan kami tidak sangka kami akan mendapat kemudahan ini dengan begitu cepat sekali. Ini bagai satu peluang keemasan."

Vijaya Armugam, ibu kepada salah seorang pelajar, juga bersyukur kerana anaknya tidak akan bersusah payah lagi untuk membawa bekalan air dari rumah untuk minum.

"Ini suatu perkara yang sangat baik yang dilaksanakan oleh kerajaan, kerana sebelum ini pelajar-pelajar bergantung kepada air takungan yang adakalanya kotor yang boleh membawa kepada penyakit berbahaya jika meminumnya," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan