RM185,000 Diagih Kepada 12 Anggota Veteran ATM

Diterbitkan: Selasa, 4 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebanyak RM185,000 bayaran tunggakan bagi Elaun Kenangan Pingat Keberanian British diagih kepada 12 anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), bermula bulan lepas.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan berkata, pemberian elaun itu merupakan usaha komited kerajaan dalam menghargai pejuang negara.

Tahun lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kadar kenaikan Elaun Kenangan sebanyak RM1,500 sebulan kepada penerima pingat "Military Cross" dan "Military Medal", yang berkuatkuasa 1 Julai lepas.

"Dulu elaun bagi penerima pingat Military Cross adalah RM7.60 sebulan dan perkara ini telah kita bangkitkan kepada kerajaan kerana jumlah itu tidak mencerminkan perjuangan mereka.

"Setelah diluluskan, pemberian elaun ini hanya dapat diberikan bermula April kerana ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dulu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek Elaun Kenangan Pingat Keberanian British dan peralatan pesakit kepada Brigedier Jeneral (B) Datuk Mohamad Nordin Mohaludin, di sini hari ini.

Beliau berkata, daripada 12 penerima itu hanya seorang menerima RM2,000 sebulan iaitu Awang Anak Raweng kerana beliau merupakan penerima tunggal pingat keberanian kerajaan British "George Cross".

Terdahulu, Zulkiflee turut menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan peralatan pesakit berjumlah RM4,450 kepada Mohamad Nordin.

"Pingat Jasa Malaysia adalah merupakan anugerah yang diberikan kepada perwira kita yang telah berkhidmat pada zaman darurat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan