PPUM Tawar Rawatan Jantung Tanpa pembedahan

Diterbitkan: Selasa, 4 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)kini menawarkan rawatan extracorporeal shockwave myocardial revascularization (ESMR) kepada pesakit jantung tanpa mereka perlu menjalani pembedahan.

Ketua Unit Kardiologi PPUM, Prof Dr Wan Azman Wan Ahmad berkata teknik perubatan tersebut adalah untuk pesakit jantung koronari yang tidak sesuai untuk menjalani rawatan angioplasti atau pembedahan pintasan jantung.

"ESMR adalah satu inovasi baru di mana shock wave (gelombang kejutan) ditujukan kepada otot jantung yang tidak mempunyai cukup pengaliran darah. Rawatan akan merangsang penumbuhan salur-salur darah baru di dalam otot jantung.

"Ia akan menambahkan pengaliran darah kepada otot jantung dan sekaligus mengurangkan kesakitan jantung dan seterusnya dapat mengurangkan simptom pesakit," katanya pada sidang media pada majlis pelancaran dan penyerahan alat ESMR kepada PPUM, di sini semalam.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Naib Canselor Universiti Malaya, Prof Datuk Ghauth Jasmon.

Wan Azizan berkata rawatan ESMR diberikan dari luar badan pesakit di mana setiap sesi rawatan mengambil masa satu jam sebanyak tiga kali seminggu.

"Pesakit tidak perlu tinggal di PPUM. Selepas menjalani rawatan selama seminggu, pesakit direhatkan untuk tiga minggu sebelum rawatan seterusnya. Pesakit perlu menjalani rawatan sebanyak sembilan kali," katanya.

Beliau berkata kos bagi rawatan ESMR adalah kira-kira RM2,500.

Katanya PPUM akan menggunakan peralatan ESMR mulai esok yang diperolehi dengan kos RM2.8 juta. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan