Polis Serah Isu Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja Kepada Kerajaan

Diterbitkan: Selasa, 4 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sama ada untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja atau tidak atas permintaan keluarga Amirulrasyid Amzah, 15, remaja yang mati akibat terkena tembakan polis di Shah Alam minggu lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata, polis akan bekerjasama dengan semua pihak bagi membantu siasatan kes itu untuk mencari keadilan.

"Itu terpulang kepada kerajaan sama ada nak tubuh atau tidak suruhanjaya itu," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan khas pegawai-pegawai awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena peringatan Hari Polis ke-203 di sini, hari ini.

Semalam, bapa saudara Aminulrasyid, Kamarudin Hassan yang bercakap bagi pihak keluarga itu berkata, suruhanjaya itu diharap akan menjalankan siasatan secara bebas dan telus.

"Itu dia punya versi... Di mahkamah nanti dia kena bagi tahu juga." kata Musa berhubung sidang akhbar yang diaturkan oleh keluarga Aminulrasyid dan disertai rakan mangsa, Muhamad Azamuddin Omar, 15, semalam

Sementara itu, beliau berkata, sehingga kini seramai 4,000 anggota polis beruniform yang bertugas di pejabat telah ditugaskan menjalankan tugas di luar pejabat.

"Seramai 861 penjawat awam di seluruh negara telah mula bertugas di pejabat bagi menggantikan anggota beruniform, namun jumlah itu tidak mencukupi bagi menampung tugas anggota beruniform yang ditugaskan di luar pejabat," katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah meminta kepada kerajaan untuk mempercepatkan penukaran penjawat awam bertugas di dalam PDRM bagi mengelakkan lambakan kerja di pejabat.

Pada majlis itu, seramai 51 orang penjawat awam PDRM di seluruh negara menerima surat penghargaan Ketua Polis Negara di atas khidmat cemerlang mereka dalam menjalankan tugas. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan