Peluang Omar Atan Dibebaskan Daripada Tahanan Di Laos Semakin Cerah

Diterbitkan: Selasa, 4 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peluang warga Malaysia Omar Atan untuk dibebaskan daripada tahanan di penjara di Laos semakin cerah berikutan maklum balas positif daripada pihak berkuasa di sana.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno Datuk Muhd Khairun Aseh berkata beliau akan menemui penguasa penjara Laos esok untuk rundingan kali kedua bagi pembebasan Omar yang genap setahun ditahan pada 10 Mei ini.

"Saya akan ke sana selama tiga hari bagi menemui pihak berkuasa Laos untuk membincangkan dua, tiga perkara yang akan diperhalusi dalam usaha membebaskan Omar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau yakin usaha yang dilakukan ini akan membuahkan hasil dan dapat membawa pulang Omar, 59, yang ditahan di penjara Punthong di Vientiane, ibu negara Laos.

Pada Mei tahun lalu, Omar pergi ke Laos atas dasar menolong kawan dengan menjadi jurubahasa, dipercayai untuk urusan pengambilan pekerja asing, kerana dia fasih berbahasa Thai tetapi ditahan ketika hendak pulang selepas berada di negara itu selama tiga hari.

Tiada pendakwaan dilakukan terhadapnya malah tidak diberitahu punca dia ditahan.

Bagaimanapun pada 20 Mac lalu, Omar dibenarkan pulang ke tanah air selama 10 hari kerana isterinya meninggal dunia dan kemudian kembali ke Laos. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan