Orang Ramai Tidak Perlu Bimbang Kesan Sampingan Pelalian Vaksin H1N1

Diterbitkan: Selasa, 4 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Orang ramai terutama yang mempunyai faktor-faktor risiko influenza A (H1N1) tidak perlu risau tentang kemungkinan kesan sampingan selepas mendapatkan pelalian vaksin H1N1.

Anggota Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia, Dr Christopher Lee berkata, kesan sampingan seperti demam atau sakit di bahagian anggota badan yang disuntik akan berlaku tetapi hanya terhadap segolongan kecil pesakit.

"Sesetengah orang mungkin akan demam atau rasa sakit ditempat cucuk, tetapi ia hanya demam ringan dan mungkin untuk sehari sahaja. Jadi orang ramai tidak perlu risau untuk mendapatkan pelalian vaksin itu," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada sesi penerangan mengenai Vaksinasi Influenza Tahunan Dengan Formula Baru Hemisfera Selatan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin semalam bahawa pelalian vaksin H1N1 secara percuma di hospital kerajaan tidak mendapat sambutan kerana orang ramai bimbang tentang kesan sampingan pelalian berkenaan.

Dr Lee juga menasihatkan golongan yang mempunyai faktor risiko terutama asma, diabetes, penyakit buah pinggang, jantung, paru-paru, ibu mengandung dan kegemukan supaya segera mendapatkan pelalian vaksin H1N1 dengan segera di 104 fasiliti Kementerian Kesihatan di seluruh negara.

Beliau berkata, orang ramai yang berisiko juga boleh mendapatkan vaksin selesema bermusim yang turut mengandungi vaksin influenza A (H1N1) di pusat-pusat perubatan swasta bermula awal tahun ini.

"Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan pelalian vaksin 'flu bermusim' yang mengandungi komponen dari virus influenza A (H3N2), influenza A (H1N1) dan influenza B secara tahunan.

"Mereka yang berisiko juga dinasihatkan untuk datang ke pusat-pusat perubatan di negara ini untuk mendapatkan vaksin influenza dengan formula Hemisfera Selatan yang baru dengan segera," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan