Nik Aziz Minta PM Tarik Balik Tuduhan Menghina Sultan Selangor

Diterbitkan: Selasa, 4 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Perdana Menteri menarik balik kenyataan terbukanya yang mengatakan beliau mengingkari perintah dan menghina Sultan Selangor berhubung larangan menggunakan masjid untuk tujuan politik.

Mursyidul Am PAS itu berkata, kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak, yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian nasional pada 25 April, adalah suatu pandangan bertujuan melaga-lagakan beliau dengan pihak Istana Selangor.

Beliau juga mendakwa akhbar itu memfitnahnya dalam sebuah laporan sehari sebelum itu bahawa beliau telah mempertikai larangan Sultan Selangor supaya masjid tidak digunakan untuk tujuan politik.

"Saya tidak akan halal di dunia dan di akhirat. Kecuali beliau menarik balik secara terbuka memandangkan fitnah itu telah dibuat secara terbuka," katanya dalam satu kenyataan menerusi blognya hari ini.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan masjid di negeri Selangor tidak digunakan oleh mana-mana pihak untuk tujuan politik, bagi memelihara perpaduan.

Nik Abdul Aziz menafikan bahawa beliau telah membuat kenyataan yang mempertikai perintah Sultan Selangor tersebut. Beliau berada di Hulu Selangor untuk membantu kempen calon pembangkang.

"Saya tidak pun memberi respons dengan merujuk kepada titah KDYMM Sultan Selangor. Ia adalah petikan yang direka-reka oleh akhbar berkenaan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan