Ketua Jabatan Diarah Pantau Disiplin Penjawat Awam Di Luar Daerah

Diterbitkan: Selasa, 4 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA SAMARAHAN: Ketua-ketua jabatan dan agensi persekutuan di negeri ini perlu sentiasa memantau disiplin semua penjawat awam yang bertugas di luar ibu pejabat bagi memastikan mereka menjalankan amanah yang diberi dengan baik.

Setiausaha Persekutuan Sarawak, Md Yahaya Basimin berkata, ketua jabatan dan agensi perlu mempunyai sikap tegas terhadap penjawat awam yang bertugas di luar ibu pejabat khususnya di kawasan terpencil agar mereka tidak mengabaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

"Terdapat juga segelintir kakitangan yang bertugas di peringkat daerah dan jauh daripada ibu pejabat kurang berdisiplin dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan misalnya keluar makan ketika waktu pejabat, balik ke rumah pada waktu pejabat dan lambat datang ke pejabat," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan agensi persekutuan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) di sini hari ini.

Selain itu, beliau turut meminta penjawat awam di bahagian kaunter agar berusaha membaiki mutu perkhidmatan masing-masing dan bersifat memudah cara sejajar dengan gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Untuk perkhidmatan melalui telefon pula, penjawat awam perlu mengikis sikap mengambil jalan mudah dengan jawapan "tidak tahu" kerana ia boleh menimbulkan tanggapan buruk masyarakat terhadap perkhidmatan awam, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan